Saturday, 26 April 2008

The Age That I Wish To Go Back To

Age 7 : 1989

*Peringatan: Ini adalah satu tag yang mengundang nostalgia

Untuk ke sekolah, kena berjalan kaki lebih kurang 2.5 km. Aku biasa lambat balik rumah sebab selalu menyimpang ke rumah Angel, kawan baik kepada kawan baik aku nama Baizurah. Rumah dia beeeeest...atas bukit, berangin sungguh dan nyaman sekali. Sudah puas main getah, batu seremban, main teka-teki atau lawan mengeja baru kami pulang. Ohya, sebelum ke rumah Angel, aku dan Baizurah selalu singgah kedai Pacik Mohammad---->hutang kerepek pedas, mi goreng dalam plastik atau aiskrim milo, jagung atau kacang hijau buatan isteri pacik itu. The next day, baru datang bayar tapi agaknya ada juga yang tak terbayar kot. Masa tu sepeket mi, sebiji kuih dan sebatang aiskrim baru berharga sepuluh sen. Seingat aku paling tinggi hutang aku yang terkumpul adalah 2.30. Pacik, harap2 pacik halalkanlah hutang saya masa zaman budak2 dulu tu okay! Baizurah, kau yang ajar aku berhutang kan! Hahahahahaha!!

Kadang2 sengaja ikut jalan menyusur tebing sungai untuk sampai ke rumah, terpaksa melalui semak-samun sikit lah. Pernah juga sengaja pergi ke seberang sungai dan jerit, "Mummy!!! Ambil saya!!!". Kadang2 my mum memang tengah cuci kain di sungai. Jadi harap2 dia boleh kayuh perahu ke seberang. Kadang2 waktu air cetek, boleh jinjing beg dan kasut atas kepala dan berjalan saja menyeberangi sungai. Kalau air surut, boleh sampai ke takat pinggang saja. Haha!! Seronok! Seronok! Lepas tu, apalagi...terus mandi sungai lah. Beg boleh campak ke atas pelantar kayu dan my mum boleh cuci sekali baju sekolah. Hehe. Tapi bukanlah perkara asing kalau bab-bab kena marah tu.



Okay, kalau pagi2 pula, bagus2 boleh ikut jalan bertar, tapi kadang sengaja melencong ikut sawah padi Macik Piut. Kadang2 tersilap pijak, kaki masuk dalam lumpur. Terpaksa pergi ke sekolah dengan kasut yang berkerak lumpur kering. Bau kerbau. Haha! Biasanya kalau dah dekat2 sampai kawasan rumah Macik Piut ni kami (kadang2 jalan ramai2) cuba untuk tidak buat bising. Degup jantung aku akan bertambah laju, adrenalin akan bersedia untuk memancut2 keluar. Heeiii...sampai ke hari ni aku masih ingat perasaan itu. Bukan sekali dua dikejar angsa dan anjing!!! Ces, macam fear factor.

Waktu itu, gigi depan aku yang atas jarang-jarang, yang dua biji paling depan tu lebih besar dari yang lain. Jadi aku rasa mesti time tuh aku nampak macam rabbit. Kadang2 sengaja kejutkan my mum lebih awal dari biasa semata2 hendak minta tocang atau ikat dua. Time tu aku panggil fesyen rambut camtu, "ikat tanduk".

Aku nak balik masa tuh sebab aku rasa seronok sangat pergi ke sekolah. Aku x sabar bangun pagi dan pergi sekolah sebab dapat jumpa cikgu dan kawan2 (Ohya, aku juga jadi ketua kelas dari darjah 1-3, darjah 4-6 jadi pengawas). Aku heran juga sejak darjah dua guru kelas suruh aku yang isi rekod kehadiran---bukan itu kerja guru kelas kah? Tengahari lepas hantar buku2 dan laporan ke bilik guru, aku x sabar2 hendak pulang. Dah pikir2 hari tu nak cuba route mana pulak. Masa tu bunyi loceng sekolah adalah "ting! ting!", bukan "kriiiiiiing". Sekali sekala cikgu suruh aku tarik loceng.

Darjah satu paling seronok!!! Ada kawan yang tiap hari mak dia pinkan saputangan di baju, ada yang penakut sampai nak minta izin ke tandas pun takut dan terkencing ditempat duduk, ada yang jahat mulut suka cari gaduh dan mengejek, ada yang suka minum air bekal orang sampai habis, ada yang sikit2 lapor sama makbapak..macam2!! Ada yang ludah beg pensil aku. Aku tau siapa buat tu, tapi aku diam jer dan lap air ludah dia yang berbuih2 tu. Dalam hati aku memang marah, tapi..."biasalah budak2". Dan ustaz Bidin pernah ketuk aku dengan pembaris putih yang besar gajah tu sebab x berhenti2 berborak. Ustaz nak ajar alif ba ta ni, tengok depanlah!! Haha!! Hoi kawan2!!! Korang semua kat mana sekarang hah?!! Aku rindu!

This is actually when I was in primary 2---my sister in primary 1 (1990)

Instructions :Title: The Age That I Wish To Go Back To
Requirement: Write about the one age that you wish to go back to and why?
Tag Mode: 5 bloggers
1st - You leave their blog and post link and add to the list below.
2nd - Let the blogger you want to tag know they been tagged by comment in their blog or etc.

The Age that they Wish to Go Back to:
Sweetpea wish to go back to, actually, just thinking about 17.
Jean Chia wish to go back to 14 years old.
Rizal wish to go back to the age of 7 - 7 super wonders of my world .

I've been tagged by emila. Thank you dear, this is a good meme. Now, I want to tag tafteh, cikdaun, ezooone, Helmi & Baizurah. Hey, buat cepat2! jiwasintetik,...kau pun!! abgjas pun...

16 comments:

rizal said...

ohhhh those were the days. wah wah wah, tak sangka laa manggo nii ada ciri-ciri perenang duyung..

huhu..

mandi sungai tuuu macam best..

yup, masa kanak-kanak, children can be very mean.. rizal jadik mangsa buli masa darjah 6..haha.. but then

(i ll survive-- hehe gloria gaynor)

syntheticsoul said...

sure sronok gila kau zaman kecik2 dulu.

ahhh.. the good old days.

Emila Yusof said...

Yay bestnya mandi sungai! Syok! 1989 saya dah pergi disko hahaha!

Thanks for playing along, Manggis!

mangosteenskin said...

rizal, mandi sungai tu memang best. masa 4 atau 5 tahun baru boleh berenang sebenarnya. my dad ajar. paling best kalau sambil mandi main kejar2, main terjun2 dan kadang2 bertanding tahan napas atau menyelam dan timbul tempat lain....lawan siapa boleh menyelam paling jauh. kadang cari siput atau remis, tangkap udang dan anak ikan...kadang tolong emak cuci kain dan main buih. kadang memancing. pernah juga mandi sungai sampai 2-3 jam. kulit jadi merah, jari2 kecut dan kuku warna ungu. ahhh...puas!

tapi sungai sekarang tidak seperti dulu lagi...sudah jadi teh susu :(

mangosteenskin said...

syntheticsoul...aku nak tag kau jugalah sebab kepingin tau cerita kau masa muda. hehe.

mangosteenskin said...

kak emila...jom kita p disko...hehe.

SENTA said...

I hear ya, wouldn't it be nice to go back?? Well I don't know, I can't decide...SO I haven't heard from you forever, I missed you!! Looks like you've been up to lots of fun stuff :)

AbGJaS said...

Hi Mangosteen,
Abgjas ni sbnrnya agak sentimental lagi emosional dgn kisah2 silam.
Percaya/tidak, abgjas boleh bergenang airmata klu melihat album2 lama. Bukan sedih tp terharu mengenangkan keindahan zaman kecil - tiada beban masalah di kepala.

Namun begitulah hukum hidup... umpama perjalanan dari satu stesen ke stesen.

Dan atas hukum itulah...di satu stesen, abgjas bertemu dgn mangosteen and the gang...alhamdulillah.

P/s - 2-3 days ago, i asked my brother to buy ink for my printer. Printed on the bill was 'Boulevard IT'.....hehe it did sound 'bollywood' to me...

mangosteenskin said...

hi senta! love to see u here! sorry for not visiting ur blog for quite some time. i have reduced my internet activity lately. anyway, thanks for dropping by!

Abgjas, kita adalah bintang yang bersinar terang. As life goes on, kita akan semakin menjauh dan lama-kelamaan hilang.

cik daun said...

woooo dah buat dah.. efisyen sungguh gua!

bluecrystaldude said...

wahh... best nyer.. hehe.. kene tag gak dgn rizal. tapi lum sempat2 buat tag ni.. adeh..

Faisal Admar said...

haha sungai tu mcm dalam ja nampak.
kenang balik nostalgia memang best.
banyak perkara pahit dan manis yang boleh kita kenang kembali.
best kan masa sekolah dulu.
takyah nak pikir2 pasal masalah kewangan, masalah kerja, masalah nak melancong dsb.

rindukan pemandangan yang hijau...
dan suasana pagi yang sunyi...
dan nyaman...

haiz.

Megat Eusofe said...

i c duyung
:P
hahahahaha funnny la story nie
ilustrasi nie mmg kelakosss

tadika sangat2
:P

mangosteenskin said...

halo cikdaun, maaf lambat respon. mmg efisyen cikdaun nih. hehe.

hi dude, msh tgh pikir tahun bila nak balik ker? buatlah cepat! haha. ni bagi semangat nih.

hai faisal! apakabar? sungai tu x dalam. seingat saya masa tu kedalaman takat sampai pinggang jer. sbb tu kitorang boleh main kejar2 dlm air. tp sbb perasan nak kena ambik gambar submerge lah sikit. karang nampak tits. hehe.

hai megat. tq2.it's juz a quick illo tp tupun ulang 2-3 kali gara2 part gigi jer. haha.

Mariuca said...

Hola dear, wah seronok betul dia ye? I love my school days too! ;)

I've done this tag too, pls add me to your list here okay? Thanks and have a great day! :)

http://mariuca.blogspot.com/2008/05/age-that-i-wish-to-go-back-to.html

Trisna said...

Greetings (^_^)
Just passing bye to say, that i'm one of the TAG victim, bye Gratcia Siahaya; the age that i wish i to go back to

I enjoy reading your post btw (^^,)

See me here
1984, 2 years old little rebel

~^_^~
Cheers!