Saturday, 8 May 2010

Ibu

Sempena Hari Ibu, saya ingin cerita tentang ibu saya.

Ibu saya berkahwin dalam usia yang sangat muda. 14 tahun tau! Umur 15 dia sudah ada seorang anak. Menurut beliau, beliau merupakan pelajar yang pandai di sekolah, enthusiast tentang education, tapi ya, keluarga sudah tidak sanggup untuk menyekolahkannya.

Saya masih ingat sewaktu saya membesar, dia selalu berkongsi keinginan dan impiannya. Dia selalu membelek-belek katalog product direct selling yang kadang-kadang kami kutip daripada tong sampah tetangga. Kadang-kadang memang sengaja diedarkan kalau-kalau ada yang berminat. Saya masih ingat ibu saya selalu tertarik kepada beg tangan merah dan sandal yang cantik. Ibu masih cantik ketika itu, cuma duit sahaja yang tidak ada.

Ibu saya seorang yang visualistik. Apa sahaja yang dia lihat, akan dia observe. Saya masih ingat dia sangat "fond" potongan rambut model pada pembalut sabun Lux ketika itu. Dia selalu berkata, "Nanti Mummy ada duit, Mummy mau pergi salon potong rambut macam itu"...ataupun, "tunggu kamu semua besarlah baru Mummy beli itu/ini". Tapi setiap kali ada duit lebih, dia akan beli seekor ayam, tauge, tauhu, fishcake, tomato, minuman berkarbonat dalam botol, biskut, roti gardenia dan mi kuning. Pada kami, itulah senarai makanan mewah pada masa tu.

Terus-terang, ibu saya tidaklah tahu memasak resepi itu-ini, kebanyakkannya cuma goreng, rebus atau tumis dengan bawang dan garam. Biasanya duit yang ada cukup-cukup sahaja untuk membeli bahan asas, tiada bajet untuk sos perasa dan rempah-ratus, kecuali kicap. Pada hari-hari biasa kami cuma makan apa yang boleh didapati di sekitar rumah, seperti cekur manis, kulat-kulat kayu ataupun cendawan yang tumbuh di atas tanah. Kadang-kadang kami ke sungai menangkap udang dan ikan-ikan kecil... haih, really...bila saya ingat semula udang dan ikan-ikan itu begitu juvernil, tapi kami tetap bawa pulang dijadikan sup atau ikan goreng. Lepas tu, bukannya dapat tangkap banyak macam berbakul-bakul, kadang cuma segenggam. Bila sudah masak, ibu saya selalu memberi macam-macam alasan...tidak laparlah dan sebagainya...supaya kami tidak rasa bersalah untuk makan. Tau sajalah, dengan anak-anak yang ramai...seorang ambil sepotong sajapun sudah habis lauk yang ada.

Berbalik kepada fesyen rambut Lux tadi, sampai sekarang ibu saya tidak berkesempatan lagi ke salon untuk mendapatkan fesyen rambut idaman. Ibu saya mempunyai rambut yang kasar dan curly, yang dia selalu kata, merimaskan. Sehingga kini sekali-sekala saya masih mendengar dia mengucapkan yang dia ingin ke salon, maybe it's time for her to get her "Lux haircut." Tapi setiap kali kami memberi dia wang untuk kegunaannya sendiri, saya tahu, she had been unselfishly menggunakan wang itu untuk adik-adik yang masih bersekolah.

Setiap kali saya makan di sesebuah restoran, saya pasti teringat akan ibu saya. Sejak kecil dia hidup susah, dan tidak pernah makan yang sedap-sedap. Bapa saya, sekurang-kurangnya dia pernah makan gaji di kota dan menimba pengalaman berjalan-jalan. Ibu saya, tidak pernah langsung ke mana-mana. Ada ketikanya saya rasa seperti tersekat makanan yang hendak saya telan. Untuk menyedapkan hati, saya akan berazam hendak membawa dia datang ke restoran yang saya pernah pergi.

Tapi kini ibu saya sudah berumur. Penyakit-penyakit pun mula datang. Kadang-kadang saya rasa sedih kerana dia sudah tidak lagi secergas dulu, makan pun kena kawal. Tak boleh makan itu, tak boleh makan ini... hm, maka tidaklah semudah itu saya hendak belanja dia makan macam-macam atau melancong jika saya mampu nanti.

Arh, but you knowlah my mom ni, kadang-kadang dah penat-penat memandu jauh balik kampung, niat dihati nak bawak dia keluar berjalan-jalan. Dia kata, sibuk, kerja rumah tak siap lagi, my dad punya baju tak basuh lagi, tak ada orang nak buat kopi, tak ada orang nak masak nasi, tak ada orang nak bagi ayam makan, tak ada orang nak siapkan adik yang bongsu ke sekolah dan macam-macam lagi. My dad pula, kalau diajak jalan memang agak reluctant sebab kaki dia sakit. Duduk lama-lama dalam keretapun kaki dia boleh bengkak. Akhirnya, my mom akan duduk di rumah sajalah.

My mom is really really an angel to me. I never met anyone like her. She is kind, tak suka gosip, murah hati, pemaaf, dan hampir tak pernah marah. Never in my knowing dia berprasangka buruk terhadap seseorang eventhough that person hurt her. Rasanya kalau seluruh dunia ini runtuh sekalipun, I will feel strong and alraight if I have my mom beside me. Mencintai dan dicintai seorang lelaki bergelar suami memang indah, tapi ibu tetap special!!

Trust me Mom, you are the jewel of my life.

HAPPY MOTHER'S DAY MUMMY!!!

p/s: Happy Mother's Day juga to My Mother-in-law, both my sisters, sister-in-laws and all the mothers in the world. Remember, no matter how bitter our life is, we will always be a jewel to our children. Allah dah permudahkan segalanya untuk para wanita, all we need to do is just be a good mother. Tak perlu ke sekolah, tak perlu ada ijazah untuk semua itu.

10 comments:

a.niza said...

Happy mother's day to you!

Azlina Abdul said...

huhuhuhu...I nangis baca post you ni Mango...sedih sangat....I believe you are one of those lucky people who are blessed with a mother like that. Susah nak cari orang yg berhati mulia di zaman sekarang nih...I feel the same way like you....tak perlu belajar tinggi2...benda tu semua tak penting kiranya hati tu tak bersih...I sendiri tak pandang tinggi pada education or wealth sangat....I pandang lebih pada orang yg berhati mulia....Happy Mother's Day to your Mom and to all mothers around the world!!!!

Azlina Abdul said...

OOOOPPPPSSSS TERLUPA!!! HAPPY MOTHER'S DAY TO YOU TOO MANGO!!! ;)

mangosteenskin said...

a.aniza,
Thank You! Happy Mothers's Day to you too!!

Lin,
Thanks Lin! Alhamdulillah, kerana ada Putri to make me eligible untuk terima that wish this year (sort of). But deep in my heart, mmg agak susah mango nak anggap diri ni seorang ibu. Maybe becoz I can't relate myself to perasaan having a baby inside my womb for 9 months. More to a "kakak" feelings sometimes sbb dr kecik dah biasa jaga baby. Apapun, mango bersyukur dgn apa yang Allah kurniakan.

Yes, Mango mmg kagum with my own mum. Bukan nak perbesar2kan atau nak eksyen tapi walaupun mango ni anak dia tp as an individual, i think dia nampak saja lemah tapi inside she is very strong-hearted. Those years yg dia berkurung d rumah jaga anak, being isolated dari perkara2 yg dikejar oleh wanita2 lain, kurang membela diri sendiri, hidup susah...nampak mcm helpless & lemah...tapi secara tidak langsung itulah yg membuatkan semua orang respect dgn dia. Secara tidak langsung juga, we learn about life value walaupun dia bukan jenis yg nak bebel banyak2 nak sampaikan yg boleh dan tak boleh dlm hidup ni.

I never heard her asking my dad to buy her anything...walaupun baju kat badan dia tu dah koyak-koyak sebab asyik pakai yg sama saja bertahun2...haih, bila reflect balik I feel so ashamed with myself, kdg2 terlepas complain gak dgn hubby tak larat nak urus rumah, kerja dsbnya...walhal semua hubby dah sediakan. Me & my mom, macam langit dengan bumi!

And who else I should thank for being blessed with a mom like her. Alhamdulillah.

ermph.. said...

huhuhu sgt terharu baca post kali ni...happy mother's day mango..semoga kamu mnjadi ibu yg penyayang..ameen =) -cida-

mangosteenskin said...

Cida,
terima kasih kerana sudi komen pos Hari Ibu mango ni. Mango hendak jadi seorang ibu seperti ibu mango tu tapi arh, memang sukar...dapat jadi yang sikit-sikit macam dia tupun jadilah. Semoga Allah memberi pertolongan, Amin.

Faisal Admar said...

happy mother's day :) my and sisters plan to cook for her today! :)

hope she will like it.

i love this post mango, as the problem is money. but when we got it, it's too late to spend on people we love :(

life is like that?

mangosteenskin said...

Faisal,
I'm sure she will love it and be proud of you guys!!!

Hm, life is queer in it's own way, kan? In my case, what you say is true but overall, not only money Faisal, sometimes even love come at the wrong time and place. Sometimes we got all the love we need + money, but our health pulak yang jadi masalah.

Jadi tak kira bagaimanapun perjalanan hidup kita di dunia ni, kita kena bersyukur and be happy selalu. Ada benda2 yang kita ada, oranglain tak ada ~ dan benda tu tak semestinya dapat diukur dengan duit.

:)

euphoria said...

i went back to my moms today.. bought a cake and sat down and ate it with her. She's diabetic but just for today, she ate cake.

Norliza said...

sayu....nangis sya...