Wednesday, 12 May 2010

Klik Saya Punya

Perbuatan baik secara rambang.

Kebanyakan kawan-kawan lama saya, mereka tidak berblog. Dan mereka bukan Facebook addict. Kalau melawat blog saya, komen pun tidak. Padahal masa saya mula-mula sekali berblog, saya menulis untuk dibaca oleh mereka.

Suatu masa saya pernah komplen, kenapa tidak komen?!!!!!

Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam dunia maya saya, tapi saya tahu, dalam dunia realiti mereka sentiasa ada. Sentiasa support. Sekali-sekala, saya tahu mereka datang juga senyap-senyap. What more could I ask for?

Pembaca senyap ini macam tupai di kampung, curi-curi datang makan limau manis. Sudah kenyang tak ucap terima kasih pun. Don't even bother untuk meninggalkan sebarang clue ~ HELLO!! I WAS HERE!!

Hehe. Sayapun tupai juga. Tupai comel apa...hihihihi. Saya suka lompat-lompat ke blog orang tapi tak tinggalkan komen. Bukan apa, adakalanya cukup sekadar mengetahui yang pemilik blog itu OK, masih bernafas, masih gigih berkarya, semakin maju dan gembira disamping orang-orang tersayang.

Senarai "apa yang saya fikir bila saya membaca blog orang secara senyap" (yang baik-baik saja hehehehehhe).
  1. Saya gembira kamu okay!
  2. Wah...semakin bagus kerja-kerja dia ni...syabas! syabas! syabas!
  3. Wah...kreatif ni orang ni!
  4. Wah...kemas hasil kerja dia! :)
  5. Berbakat!
  6. Cantik!
  7. Wow...bagusnya bahasa Inggeris dia! I wish I can write like him/her!
  8. Wow..pandai dia ambil gambar (kamera apa dia pakai huh?!)
  9. Comelnya anak dia! (Macamana rupa hubby dia ya? Alaa...tak hensem...<---haha exaggerate)
  10. Kurang hasam, terliur aku tengok makanan dalam blog dia nih!
  11. Apa tu?!
Itu adalah kerana saya paling banyak melawat blog-blog arts & crafts.

Menyedari hakikat yang komen harus ikhlas, maka saya tidak mengharapkan setiap post saya mendapat komen. Sebab saya sendiri, hendak menghasilkan satu entri saja sudah memakan banyak masa, jadi untuk meninggalkan komen di blog yang saya sedang baca pula sudah pasti memerlukan extra time. Belum lagi dengan segala macam mekanisme penapis komen spam.

Tapi...jika saya rasa saya benar-benar mempunyai sesuatu yang hendak diperkatakan, saya akan komen tanpa kedekut. kadang-kadang memang panjang berjela mengalahkan patah perkataan post itu sendiri...hahahaha.

Maka, saya sangat hargai kalau ada pembaca yang sudi komen di sini pula, sebab mereka sanggup korbankan masa dan tenaga.

Okay, hendak dijadikan cerita, semalam saya cakap dengan bestfriend saya macam ini, "Can you do me a favor? Tak nak komen tak apa tapi click my Nuffnang ads boleh?". Hahahahaha...(sebab dia kata selalu lawat blog saya tapi sudah bertahun-tahun dia tak komen pun).

Jadi semalam sebelum tidur, saya berazam, kalau saya makan limau manis orang, saya mahu bayar. Kalau bayar dalam bentuk komen, belum tentu berfaedah kalau komen saya tu tak bernas.

Jadi saya akan klik Nuffnang Ads anda, Insyaallah.

:) Andapun, kliklah saya punya okay?!

P/s: Inilah dia misi Random Act of Kindness saya. Minggu lepas saya dapat collect satu ringgit, (Ooo punyalah happy! Saya mahu anda juga rasa apa yang saya rasa.

Note: oops silap. Saya baru congak, pendapatan minggu lepas tu 35sen saja. Hahaha.

22 comments:

Maya said...

hahahaha!
comel sgt entry ni!
ok. i was here..
selalu..

Ummi-Izah said...

hahaha..ummi suka..kadang2 ummi rasa mcm mai ni dulu belajar sastera..ada ker? tu yang kalo baca entry bahasa tersentuh2 hati...

ok start from now on bila saya masuk blog mai saya akan click add nuffnang mai ... ^_^ win win situation..

SUHAIDA SUPALIO said...

NAK KOMEN KAT CNI LAH..TU JE..HEHE..jgn marah..

asoarchery said...

salam mango..;)

limau manis..limau manis..hihi..

Mrs NarchotiQue said...

kita pon tahu mango ade dtg blog kita.hehe.mai klik2.tupai sdg mkn limau.

Mrs NarchotiQue said...

maceh.hiks dah tekan bg tupai makan.tuan umh tgh bek hati(nuff).

ciketon fazya said...

hehe saya baca tapi tak komen..nape ntah..tapi hari ni komen..pun nape ntah..hehe

Sharina said...

sory..sy pun spesis tupai..slalu curik2 bc..esp bila hati gundah, sini la tempat yg sy cr..byk ur post yg bole buat saye tersenyum blk..so pls keep on berkarya..in return janji akan klik nuffnang slalo.. :)

Azlina Abdul said...

hehehhee....cute one Mango....you know I always click2 here...hhehehe... ;)

t.tee said...

hi there. ok2. im here too.erkk.,betul ke bi saya. ok, saya click nuff nang awak ekk.boleh2.for sweety mango, i will click.yuk2 click mango..ehh..nuffnang.hhihihi

euphoria said...

ok ok.. tupai datang makan tapi bagitau tuan rumah hahahahha!

My Botang said...

TUPAI comel - guilty as charged.. *grin*
but i like your idea.. cheers!!
'i CLICK yours, you CLICK mine'

Nurain said...

Hi mango, remember me? have a nice day..

Gula² Tuntung said...

:nahh...ramai sda kumen..^^v...me oso 1 limau manis..emm..lain pla ngan aku...aku buat blog tuk luahkan apa aku rasa...sharing with my BFF..nda kisah la ada urg baca or nda..aku cuma write some memory...bila aku teda durg tau aku m'hargai setiap masa time ngan durg..aku takut aku terlupa...jadi tulis blog adalah satu yg boleh menimbas ingatan aku...aku suka baca blog org...and comment...tapi masa aku terhad...so aku baca apa yg terbaca...hahaa...apa2 pun aku suka baca blog ko...nice job!

Adif said...

cik manggis, diri ku selalu ke mari, jenguk2 blogmu. Ku bukanla seekor tupai yg comel, tapi seekor kucing yg hensem yg amat.. ku mengaku, perut ku buncit tapi wahh...girlfren ku memang ramai. tak perchaya? tengok la sekitar kawasan rumah perumahanku, penuh saja anak kucing hitam puteh, walaupun berlainan ibu, yaahh...namun jelas, sama ayahnya. Bukan ku tidak mahu memberi komen selalu, tapi lagi sekali, Jelas, komen yg mengarut sahaja. Baiklah cik manggis, teruskan menulis dan terima kaseh kerana menyediakan santapan rohani di sini. Yaaahh.. tulang2 ikan bersepah disini, bukti ku sudah kemari... bye cik manggis...

SugarChocs said...

tupai lompat-lompat di sini jugek.
selalunya tupai lompat tak meninggalkan jejak....

;p

mangosteenskin said...

Maya,
Terima kasih kerana selalu datang :) Saya perasan juga, sebab ikut jejak. Hehe.

Ummi,
Tak, Mango tak pernah ambik sastera. Yang ambik sastera, my hubby.

Suhaida,
Haa...macam tu lah. Hihi.

Asoarchery,
sebijik brapa sen kak? nak stengah biji boleh?

mangosteenskin said...

Mrs Narchotique,
TQ sebab klik. Limau manis makan ramai2 bertambah manis. hehe.

Cik eton fazya,
sebab tupai dah kena umpan limau manis. hehe.

Sharina,
Terima kasih, jadi tupai tak semestinya kita tak suka sesuatu blog itu kan? Paham, paham. Tupai je yang paham sesama tupai kan? hihi.

Lin,
U click me, I click U. Thanks to u jugak, kalau tak Mango tak terfikir nak activate semula Nuffnang ni.

mangosteenskin said...

t.tee,
makaseh. mango pun dah click nuffnang t.tee. :)

euphoria,
good squirrel! lain kali datang lagi ya!

my botang,
Hahahahaha. Guilty as charged.

Nurain,
Ingat! I still owe you 2 things!

mangosteenskin said...

Gula2 Tuntung,
Ya betul. Yang paling penting tentang blog ni ialah, penulis tu sendiri rasa selesa dgn apa yang dia tulis. Saya sangat percaya, apa2 yang kita buat mesti datang dari hati. Thank you sebab suka baca blog ni!

Adif,
waaa...hebat ya kamu! Grrr... apasal tinggalkan tulang ikan kat sini ni? Hahahaha. Trimakasih, senang2 datanglah lagi!

SugarChoc,
Hari ni ada jejak tupai. woahooaa!! berdasarkan jejak, ni mesti tupai coklat nih!! hehe.

Wansteddy Tales said...

bila buat entry begini, barulah ada tgn 'baru' menulis di kotak komen kita. saya pn penah buat entry cmni. berisi jugaklah kotak2 komen. pastu sepi kembali, hahaha.... saya pn antara pembaca senyap blog anda (dan peminat seni anda) ^^

gunturina said...

haha..u know wat? ur funny..bg sy la..sy slalu dgr psl hasil kerja stamp kamu, only tonite sy tpanggil utk baca smua n3..I must say I love it..