Friday, 14 May 2010

Masak Lemak Cili Api

Ini adalah kisah semalam.

Dari pejabat saya ke KWSP boleh berjalan kaki, tapi kerana saya rasa energetik dan gembira, saya berlari. Saya gembira sebab lately saya mula enjoy menjadi kontraktor. Sewaktu mula-mula, memanglah saya rasa seperti paksa-rela, sebab saya korbankan cita-cita sendiri demi cita-cita hubby.

Sewaktu memandu pulang semalam, hujan turun seperti kucing dengan anjing. Fikiran sayapun macam kucing dengan anjing juga di dalam.

Saya fikir, "lepas ini akauntan akan resign dari syarikat dia bekerja sekarang (sebenarnya dia cuma buat akaun syarikat yang kerdil macam kami ni secara sambilan). Semua kerja-kerja admin yang dia biasa buat lepas ni aku kena ambil-alih. Kalau aku tak betul-betul organized, matilah aku. Nanti company tunggang-langgang. Habis? Macamana dengan kerja-kerja stamp ni? Adakah lagi masa untuk update blog? Takpa, takpa. Yakin boleh. Yakin boleh. Ha ni malam ni mau masak apa pulak ni? Di dalam peti sejuk cuma ada ayam sikit. Hubby dan Putri pun dah ada di rumah. Arh, singgahlah ke tamu untuk beli kuih sikit. Nanti sampai saja rumah terus jerang air panas. Mau buat kopi ka... teh ni? Baru-baru ni buat Nescafe 3in1 dia bilang tidak sedap. Wow lebatnya hujan, tidak nampak jalan oh!".

Sampai saja tamu hujan reda sikit. Sayapun beli 2 ekor ketam lepas timbang bayar lima ringgit.

Bila tiba di rumah, hubby sedang tengok TV. "Yay! Home Sweet Home!", fikir saya. Saya buka kasut. Basuh kaki. Tukar baju dan jerang air seperti dirancang. Tapi saya tengok muka dia masam. Tadi bagi salam pun dia jawap dalam hati saja. Takpalah, saya hidang lepat pisang dan kopi dulu, manatau lepas tu senyum? :)

Selepas memberanikan diri untuk bertanya, barulah saya tahu. Dia marah sebenarnya. Dia kata macam ni, "Saya kecewa, U jaga syarikat sambil lewa. Penat saya buat itu ini. U tak ambik tahupun hal syarikat".

Ok, memang saya jarang pergi pejabat. Tapi kalau saya pergi pejabat pun buat apa, kalau setakat duduk menaip depan komputer, saya boleh buat dari rumah. Bukannya ada staf di pejabat, semua duduk di site. Bila saya perlu buat apa-apa urusan, barulah saya keluar. Setakat ni, saya buat kerja saya!

Tapi hakikatnya, memang betul. Kerja-kerja pejabat sudah jadi kerja sekunder. Kalau tempurung kepala saya ni dibelah, anda boleh nampak ada banyak idea tentang stamp di dalam. Kerja stamp memberi saya kepuasan.

Sayapun cuba bersuara, "Tapi saya buat kerja saya kan".

"Kerja apa U buat? U tak turun padang pun. U tak pergi pun jumpa staf. U tak tanyapun kalau mereka sakit, perlu cuti. U tak pegi site, bukak fail diorang, periksa kalau kerja diorang betul atau tidak. U admin, tapi bila mahu cuti staf tanya saya, adakah patut? Memang kita yang cari kerja, tapi yang buat kerja tu semua, staf lah! U kena tunjukkan appreciation!

Kata sibuk, tapi sebelum ada Putri pun sama. Dah ada Putri...lagilah!"

Ooooooooooo staf.... Ya betul. Saya terlupa tentang staf. Saya asyik mengejar itu-ini, tapi staf...memang saya lupa. Yang saya tahu, cukup bulan, gaji mereka mesti masuk, itu saja. Saya ingat kerja-kerja belakang tabir itu cukup.

Jadi sayapun diam membatu. Saya bangun perlahan-lahan ke dapur. Sambil menangis saya masak Ketam Masak Lemak Cili Api.

14 comments:

Azlina Abdul said...

Mango....Lin rasa sedih baca your post nih...I understand how you feel...and I know about your issue long time ago...and how I wish that you can stop working with your husband and do something that gives you the most satisfaction. But, it's easier said than done right? :( I know this because that's how I felt when I was forced to work as a Admin Exec years ago just to please my Mom....my Mom tak suka kalau I wat kerja related to art....she feels that I can't make a living out of it....but I managed to prove her wrong. I hope someday you are strong enough to put yourself in your priority list....if you are not happy with what you are doing....one day it's going to show....it's your life to live...it's your choice to make. Don't let someone else determine your happiness. Life is short....

mangosteenskin said...

Terima kasih Lin sebab memahami. I hope everything gonna be ok. Like u said, the rest serahkan saja pada Allah.

c a b b i e n a said...

salam mango...
bersabar la yeee... sesungguhnya tinggi pengorbanan u sbg seorg isteri... pasti ada hikmah di sebaliknyaaa...

Faisal Admar said...

sedih pula. hmm, maybe boleh discuss bila dia dah calm down?

masak lemak cili padi favorite dia ke?

mangosteenskin said...

cabbiena,
sebenarnya ini cuma satu kisah. di luar sana, ada ramai lagi wanita yang sanggup berkorban untuk suami dan keluarga. Allah dah tentukan beginilah cabaran untuk seorang wanita kerana dia tahu wanita cukup kuat untuk menghadapinya. Janganlah risau, saya okay saja. :)

faisal,
hehe. ya, dia suka ketam masak lemak cili api. Saya tak discuss apa2 lepas tu. Saya cuma pikir, macamana nak cari jalan utk terus bantu dia dan terus berpegang kepada minat sendiri. Semoga Allah permudahkan segala urusan. :)

Mrs NarchotiQue said...

byk sbr mango.hadapi dgn tenang n bijaksana.bahagi masa dgn sebijaknya.insyaallah semua dipermudahkan.amin.

ermph.. said...

hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua kan baik-baik saja ..= ) -cida-

euphoria said...

maybe he had a bad day. you did the right thing not to get defensive. InsyaAllah, ada keberkatan dariNya.

StingRay said...

biasa la tu...sedangkan jari pun buleh tergeliat...


apa..apa haram punya pepatah ni.


belasahhh...

@rE-LonG said...

Akak..
Tabah menghadapiY ye ^_^

Yup..u are strong ;)
Allah akn bg cabaran dan dugaan pd org yg benar2 layak yg boleh menempuhY..Insyaallah..amin ^_^

Sugarpink Icing said...

Be strong Manggo, u can do it ...

Juvi said...

Melan, be patient..everything will be fine in time..

anum said...

sedih...but i am proud of you and he shud too...may Allah be with u always.

salam,
anum

AbGJaS said...

hi mango,
ur hubby ought to read this post... hehe