Thursday, 20 May 2010

Percaya Diri Sendiri Saja

Dalam ujian teori pagi tadi, ada soalan tentang berapakah nisbah simen:pasir untuk bancuhan mortar.

Mula-mula, hati saya kata "Alah kacang, 1:3".

Kemudian saya teringat, sewaktu ujian praktikal semalam, kami disuruh menggunakan nisbah 1:4. Tapi tidak...saya yakin jawapannya bukan 1:4. Semalam tu sebab nak jimatkan simen.

Baru saja saya mahu tanda jawapan, Uncle yang duduk di sebelah kata, "1:2".

*I know, I know. Ujian OK. Tapi jarak kami memang dekat, so boleh nampak kertas orang lain.

Saya berbisik, "Tak mungkinlah Uncle, saya yakin 1:3". Saya jeling kertas Uncle itu, dia tanda 1:2. To me it matters, sebab Uncle itu tua dan berpengalaman buat kerja-kerja yang berkaitan. Saya ni apalah, kosong.

Uncle itu kata..."Tidak. Kalau untuk sambungan paip dan susun bata memang 1:2. Campuran 1:3 itu untuk.....(sori dah tak ingat alasan dia). Saya biasa buat kerja ni, saya tahulah".

Dalam hati saya, "biar betul Uncle ni, salah jawapan dia". Jadi sayapun cakap, "Tidaklah Uncle... 1:3. Bagus Uncle betulkan jawapan Uncle tu".

"Percayalah cakap saya. 1:2 tu jawapan dia... Ko tanda saja 1:2", bidas Uncle itu dengan yakin.

Walaupun hati kurang syok, tapi kempen Uncle itu berjaya. Sayapun tanda 1:2.

* * * * *

Selepas ujian tamat, kami sama-sama membuat semakan dengan Cikgu yang mengajar.

Kamu tahu apa? Jawapan yang betul adalah 1:3!!!


Pengajaran:
  1. Kita mesti percaya dengan diri sendiri.
  2. Orang tua tak semestinya betul. Hihihihi.

12 comments:

feltralicious said...

hahaha, mesti sakit ati tu kan..apa blh buat , da nasib

Faisal Admar said...

haha kesian mango terpedaya :) saya akan pakai nasihat ni bila exam kelak :)

edi said...

hahahahahha.... itulah, sape suruh tengok org sebelah!?

Azlina Abdul said...

hahahahahah! So funny! My God...if I was in your place...mesti rasa geram sangat kat diri sendiri sebab tak trust my own instinct....well, lesson learned....

ermph.. said...

kantoiiii .btul jugak kan,kita kena percayakan diri sendiri,kalau salah pun xde la sakit hati sangat.....-cida-

Anasfadilah said...

pengajaran:(kasi tambah skit)

3.org tua tak selalunya betul..hehehe

CAHAYA said...

pengajaran tu betul sangat. teringat dulu time buat ujian memandu. macam ni la. elok2 betul semua, dah salah satu. haha.

mangosteenskin said...

Feltralicious,
Menyesal jugala...kotoh. Hahaha.

Faisal,
:)

Kak Edi,
Kalau ingat balik memang lawak laa... Dalam kelas tu semua orang dewasa, tp perangai mcm budak2.

Lin,
Adoii...memang geram. Tapi dah takdir...terima saja. Hahahaha.

Cida,
Hehe....nampak sangat tak pandai lagi kan...

Dila,
Aha! Mula-mula memang mango dah taip pasal tu....tp delete. Oklah, kita taip balik. :)

mangosteenskin said...

Cahaya,
1 markah itu adalah harga toleransi. Hehehehe.

euphoria said...

tula... dalam ujian mana boleh bisik2 jawapn. hahahaha

kayau said...

Haha melan...slu mcm tu kan bila jumpa org yg ada pengalaman mst rasa dorg mst tau semua..

mangosteenskin said...

euphy,
susah jg nak cover2...haha.

kayau@juvi,
iya...itula bah faktor sebenar tu. kesian jg sm tu Uncle.