Tuesday, 11 May 2010

Putri pun Rindu

Dalam tergesa-gesa, saya terpijak gula-gula getah. Dalam hati, "Blender!! Jangan tangkap kaki Mummy!". Memang itulah kerja Blender, bila orang berjalan, dia suka melompat-lompat sambil menyelit-nyelit di antara langkah kaki. Dan kerja saya adalah marah-marah bila dia buat begitu. Saya terlupa, tiada lagi Blender. Itu cuma gula-gula getah yang membuatkan selipar saya terasa seperti ditarik ke belakang bila melangkah.

Semalam saya bersama-sama kakak saya yang sulung dan Putri singgah di Kaison, 1 Borneo. Seperti biasa, kalau dia yang mendukung Putri, pasti singgah di seksyen alat permainan. Mungkin kakak saya tidak sengaja, dia telah mengambil sebuah patung anjing (pada saya itu patung anak serigala) dan berkata, "Eeee...patung ini lembut sekali". Putri tiba-tiba ketawa kesukaan dan menarik patung itu ke dakapannya. Dia memeluk. Mencium. Teruja dan ketawa.

Saya datang dan mengambil satu patung beruang. Sama lembut. Saya serahkan kepada Putri. Sekarang Putri memeluk dua patung. Dia bertambah suka. Oh adakah perempuan memang dilahirkan untuk suka kepada benda yang comel-comel? Sungguh natural, tiada siapa menyuruh dia peluk cium patung itu.

Niat saya memberi dia patung beruang itu supaya saya boleh menarik patung yang satu lagi dari tangannya. Kalau dia mahu patung, biarlah patung beruang. Sebab semua kanak-kanak suka teddy bear kan, saya tidak mahu nanti dia cepat bosan kalau tidak suka. Tapi bila saya tarik patung anak serigala itu, Putri mengemaskan dakapannya. Bila saya cuba tarik patung beruang itu pulak, perlahan-lahan dia lepaskan. Jadi kakak saya kata, "Biarlah, saya beli yang ini".

Putri terus memeluk patung barunya sampailah saya meletakkan dia di dalam carseat. Sejurus sahaja kereta mula bergerak, diapun tertidur.

Gambar yang saya letakkan di atas adalah gambar yang saya ambil pagi tadi. Putri berbaring di atas patung itu seperti yang biasa dilakukannya terhadap Blender.

Adakah anda terfikir, apa yang saya fikirkan?

8 comments:

edi said...

budak sekecil putri pun tau apa erti rindu. pada ketika ini, saya terfikir, ape perasaan ibu yg membuang anaknya di longkang, di dalam tong sampah dan paling teruk membakar anaknya sendiri? sungguh sadis, sungguh sampai hati seorg ibu berbuat begitu kan?

mango, blender mungkin jumpa partner dia tu.. so let's assume dia sedang membina keluarga bahagia di tempat lain :)

mangosteenskin said...

ya kak edi. Pada saya mungkin tidak semua ibu2 yang membuang bayi itu jahat. Tapi yang pasti, mereka desperate mencari jalan keluar dari masalah sampai memilih jalan yang tidak berperikemanusiaan. Mereka juga manusia biasa, saya pasti perbuatan mereka itu menghantui perasaan mereka sendiri.

Ya, saya juga fikir begitu, Positif saja. :)

Ummi-Izah said...

As'kum Mai...

Ummi nak minta maaf dahulu jika nanti bila Mai teruskan pembacaan ni Mai akan terguris hati..Pernah ada seorang jiran ummi seorang balu yang sudah berusia tetapi beliau sudah meninggal dunia 3 tahun yang selalu yang sangat suka dengan kucing...kerana beliau tinggal seorang, kasihnya dan perhatiannya ditumpukan kepada kucingnya..Satu hari kucingnya hilang dan beliau pernah beritahu pada ummi...jika kucing itu sudah sampai ajalnya kucing tidak akan mati dekat rumah..dia pergi jauh sebab tidak mahu tuannya sedih..Maybe Mai should look around your house area ka...tanya sama jiran..but deep in my heart I just wish Blender pulang someday..

mangosteenskin said...

Ummi,
Sehari sebelum Blender hilang tu, memang dia muntah, muntah cecair kuning berbuih. macam gastrik. Tapi rupanya selepas dia muntah tu, dia ke rumah jiran sebelah dan muntah lagi. Menurut makcik rumah seblah itulah, muntah Blender bercampur cacing yang halus macam benang. Itulah kali terakhir macik tu nampak dia. Keesokkanya masih ada org terlihat dia di kawasan parking, tapi selepas tu tak ada lagi.

Sebelum ni mango kematian iguana, tupai dan kucing (bapa kepada Blender), memang mango menangis sakan. Mango rasa mungkin sbb dalam hati ada rasa bangga menjadi tuan kepada binatang2 itu...Allah tarik balik nikmat. Dengan Blender, Mango taklah sesedih yang lepas2 (mungkin sbb tak nampak dia mati kot). Tapi Mango pasrah sajalah, hidup atau matinya dia, dia milik Allah.

MisFyd said...

Fyd teringat ng bf Fyd baru je ilang kucing lama dier Oren. Sampai berhari2 dia mencari sbb dh dkt 6 tahun duduk sama. Sedih gile dia...Mmg penah dgr pasal if kucing tk balik selalu dia tau dia sakit.

bluecrystaldude said...

Salam Mango,

Kesiannya.. Saya baru saja baca pasal Blender ini. Kucing saya pun suka melompat-lompat dan menyelit di antara langkah kaki. Kadang kala sampai saya tersepak dia. Harap yang terbaik buat Blender..

Haaziq Zahar

Incik RestNrilekS said...

Salam Manggo.

1. Rizal tetap rasa terhibur dengan gaya santai penulisan Manggo. : )

2. Kita senasib sebab Blackie sudah tidak pulang ke rumah lagi. Rizal ambil pandangan Haaziq, bayangkan Blackie sudah pergi ke tempat lain. Tapi tu la, memang kata orang kalau sudah ada kucing lain yang lama, jangan diambil yang baru, nanti yang lama itu merajuk. Kata orang la : )

3. Ada juga yang kata, kucing yang dibela di rumah, apabila ajal sudah tiba akan keluar dari rumah (bukan kes kemalangan atau sebagainya). Dua ekor kucing Rizal sebelum ni bersifat begitu.

4. Mummy Manggo (wah nama baru sedap dipanggil ni - Gandaan dua "M), tak nak cuba buat patung Pari-pari, mana tahu Putri suka. Adoiiii suka Serigala pula ya Putri ni : )

Salam Hari Rabu : )

Gula² Tuntung said...

[[S.p.e.e.c.h.l.e.s.s]]

Until now blender belum juga pulang? so sad =(

Pupu & Kulac pernah muntah cair kuning bserta cacing halus. Kurang selera makan tp banyak minum air. Sbb risau aku bawa pg Jabatan Haiwan cna Kepayan. Nda sampai hati tingu.Kena bagi suntikan 3 hari b'turut2..alhamdulilah durg getting better pas 2...

Selalu juga dengar org ckp...klu kucing tu syg tuan dia, dia nda akan mati d rumah. Dia akan mati d luar rumah (pergi jauh dr rumah)..
Mcm Ebit kucing aku yg hilang tanpa jejak. Maybe sda mati kena gigit anjing sbb kuat mansau. Tp aku rasa lebih baik begitu sbb aku nda nampak dia mati d depan mata aku..slu harap dia pulang...tp..(sigh~)

Setiap kali aku nampak kucing2 aku mati mimang aku menangis 1 hari 1 mlm. Jgn kan kucing apa2 ja yg pernah menjadi "kwn" aku mimang confirm aku m'raung...huhuhuu~
My mom slu ckp..

"Ijan, bagus jgn bela apa2. Kalau mati ko menangis mcm urg mati laki"

ah~~