Monday, 17 May 2010

Surat kepada N0reh4n


Assalamualaikum D4y4ng N0reh4n, kalau-kalau kamu terjumpa page ini.

Jangan marah. Jangan kecil hati. Biar saya ceritakan hal sebenarnya. Orang yang hadiahkan stamp ini kepada kamu, SMS begini kepada saya.

O<--< : Saudari, saya mahu order stamp, dengan nama Dg. N0reh4n, dan ada tulisan "Singapore" di bawahnya. Saya ke Singapore baru-baru ini tapi tidak sempat belikan dia oleh-oleh. Saya benar-benar mahu hadiahkan sesuatu yang istimewa pada dia.

Ada dua benda dalam fikiran saya, Vanda Miss Joaquim dan juga Merlion. Idea stamp dengan tulisan Singapore itu, tidak menarik bagi saya. Lainlah kalau Dg. N0reh4n orang Singapura.

Saya pilih Vanda, Cik N0reh4n. Vanda itu, bunga kebangsaan negara Singapura. Nama kamu pasti cantik dihias bunga itu.

Kepada yang tak tahu, mungkin cuma fikir,
itu orkid.

Simple kan? Saya harap kamu suka.

Cik Noreh4n, stamp-stamp yang saya design, adalah di bawah jenama Mangosteenskin (cewah!) tapi kerana kamu begitu istimewa, stamp itu datang tanpa sebarang label atau petanda (atas permintaan orang yang menghadiahkannya kepada kamu). Dari mana stamp itu datang? Siapa pembuatnya? Boleh jadi saja dari mana-mana kaki lima atau kedai cenderahati di pulau selatan Tanah Melayu itu. Tapi percayalah, jika kamu ke Singapura, kamu tidak akan bertemu pemilik tangan yang mengukir stamp ini. Saya di sini Cik Noreh4n. Saya di sini!

Cintailah stamp ini Cik Noreh4n, itu permintaan saya.

p/s: Lelaki itu? Itu pandai-pandai kamulah. :)

Yang benar,

Mangosteenskin.

12 comments:

Sugarpink Icing said...

I like your post, your writings so cute . .

bluecrystaldude said...

Vanda adalah sejenis bunga orkid, yes? Hehe. Sangat lawa :)

euphoria said...

Mango pun cute jugak.. macam posting dia hikhik... mungkin lebih lagi ;)

@rE-LonG said...

BestY ada Peminat mCm nie..
Bertuah la Dg Norehan..

Good Work Akak Mango ;)!!

Azlina Abdul said...

I love this stamp! And I think you are right about not putting "Singapore" below her name....your idea of carving the flower is a much2 better choice! Kinda symbolic ya? Love it...I'm sure she will love it too when she receives it :). Mesti susah yg amat mau carve Vanda tu kan?? Congrats Mango!! Good job!

Norliza said...

tiba2 jatuh cinta pulak dgn surat ni..ehehehh kalau la aku Norehan..hehe

dhia said...

owh, sweet!

norehan, u're lucky girl.

first you get this awesome stamp from mangosteenskin (which i really want all this while)

second, its from someone who appreciate you.

;)

Gula² Tuntung said...

sket lagi sama ngan nama aku..hehe..klu aku jadi "Norehan" aku pasti akan S.P.E.E.C.H.L.E.S.S =)

ermph.. said...

kalau sa jadi norehan..wawawawa sure berbunga2 di hati~ -cida-

AziE said...

sweet...kalau la noreh4n itu aku....

adhan said...

betul kata AziE..very sweet..kalau la noreha4n tu aku, memang aku suka sangat :)

mangosteen: suka la design awak..kreatif giler...one day kena tempah juga sesuatu utk kenangan dari awak...cantik..suka...

gunturina said...

hehe..best la..1 hari nnti sy akan tempah jga mgkin utk blog, personal, wed etc..

Gud jobs!