Friday, 11 June 2010

Kulat

Tahukah anda athlete's foot, kurap dan panau itu adalah jangkitan kulat?

Sewaktu berumur 10tahun, saya ada kurap di lutut, biasalah budak kampung, kadang main kotor tapi mandi tak bersih. Apabila disapu dengan ubat cap Kaki 3, rasanya sangat-sangat pedih. Seperti terbakar! Waktu itu barulah datang rasa menyesal, kalau ibu suruh mandi bersih-bersih pakai sabun, selalu degil.

Saya suka baca buku-buku kakak dan abang saya yang belajar di sekolah menengah. Bila terbaca satu bab tentang kulat, barulah saya tahu bahawa kulat merupakan penyebab kepada penyakit-penyakit kulit seperti di atas. Terbeliak mata saya membayangkan bagaimanakah mungkin rupa kulat-kulat mikroskopik yang tumbuh di atas lutut saya sampai boleh dilihat dengan mata kasar (lingkaran merah sebesar 10sen). Pasti ada berjuta-juta kulat yang sudah berakar-umbi diatas epidermis saya dan bersedia untuk melepaskan berbilion-bilion spora bila-bila masa! Sampaikan setiap kali merasa gatal, saya sangat takut untuk menggaru kerana terbayangkan spora-spora kulat itu berterbangan di udara dan juga di celah-celah kuku. YUKK!!!

Saya takut kalau garu nanti tersedut, nanti kulat itu membiak pula dalam paru-paru atau kalau tersentuh mulut, nanti bibir saya yang mungil ini pulak berkulat. Hehe. Kerana itulah, walaupun pedih tak terhingga, saya cuba tahan sambil tonyoh ubat (menggunakan putik kapas) di lutut dan kata dalam hati, "Hah! Matilah ko kulat! Matilah ko kulat!", sambil membayangkan kulat-kulat itu mati seperti rumput terkena racun rumpai.

Huh, begitulah rupanya bila kuat berimaginasi.

Ini adalah rupa kulat daripada kulit peha seorang lelaki yang dijangkiti, dilihat dibawah mikroskop. Sila lihat di sini untuk lihat peha orang itu dan bagaimana rupa kulat itu setelah diisolate dan dikultur dalam makmal.

18 tahun sudah berlalu, tapi saya mesti puji ubat cap kaki 3 itu kerana telah berjaya membunuh koloni kulat yang menakutkan! Hehe. Cepat dan mujarab.

Sekarang, saya berdepan lagi dengan masalah kulat, bila kamera kesayangan saya terkena fungus. Hari ini saya dah hantar kamera ke klinik melalui sebuah pusat servis yang berdekatan. Haiyah, kenapalah mesti dikirim ke Kuala Lumpur? Hendak tunggu quotation pun mungkin ambil masa 2-3 minggu. Belum lagi termasuk tempoh menunggu untuk diservis.

Ini bukan kamera saya tapi rupa fungus pada lensa kamera saya nampak lebih kurang macam dalam gambar inilah. Selain menjejaskan foto, kulat juga mampu merosakan lensa kalau dibiarkan lama. Credit to FAN_A70 for the photo.

Tapi, semuanya salah saya jugak. Berikut merupakan petikan tentang fungus pada lensa kamera yang saya cedok disini.

..."don't keep your lenses in your kit bag, or in the garage, and always dry bags and cases thoroughly if they have become damp. (From rain for example.) Clean the outside of your lenses regularly to remove dust deposits, and don't allow greasy deposits to remain on the lens surfaces should this occur. We should also keep them well away from possible sources of nutrients. This probably means that you shouldn't be keeping your sandwiches in the kit bag either. In fact the moisture from your sandwich would probably be enough to worry about in any case. Keep all kit bags and cases scrupulously clean".

Apa yang dia sebut "don't" itu, saya pernah buat. Apa yang dia cakap "do" tu ada yang saya tak amalkan secara berhemah. Teruk kan? Memang padan muka.

Dan sekarang, silalah menangis seperti rasa kesakitan terkena ubat cap kaki 3. Memang pedih kerana wang akan terbang.

p/s: Lepas baca entri ini, jangan benci pulak pada kulat ya. Seperti juga manusia dan jin, bukan semuanya jahat. Tu ragi (yis) yang buat kek dan roti tu pun kulat juga. Sebahagian besar ubat-ubatan seperti antibiotik pun ada yang dihasilkan daripada kulat.

:)

5 comments:

MisFyd said...

Fid ada several camera tp byk camera plastic lens & some uses film.
Arwah ayah (dulu cameraman) ade nasihat beli dry box for simpan the camera, lens & film. Tp tk beli2 lg :p Maybe I should consider one soon to keep my cameras.

Maybe Mango bole jugak try to invest a dry box for you camera :)

mangosteenskin said...

Fyd,
Thanks for the tips. Tak pernah dgr pasal drybox, berapa ya agak2 harganya? after kamera kena fungus ni, ada kawan yang bgtau boleh simpan dalam bekas yang ada "biji-biji" yang boleh menyerap lembapan tu. Eh malam2 ni tak boleh recall pulak nama dia. hehe.

Mrs NarchotiQue said...

dulu pnh kene fungus kat lengan.malunye.coz dah mcm kene panau.akhirnye g bli ubt kat farmasi.sapu ngn sabar terus nyah dr lenganku.syukur sgt2.xtau camana ley kene.mybe habuk dr PCB.(printed chip board)--dulu sy keje kilang.hu3

mangosteenskin said...

Mrs Narchotique,

Hehe, kulat ni mmg widealy abundant dalam persekitaran kita. kalau dia dapat sumber nutrien dan persekitaran yang sesuai, mmg dia akan cepat membiak. Sometimes, bergantung dgn tahap antibodi kita jugalah, kadang2 ada ketidakseimbangan hormon atau kurang tidur, antibodi badan boleh lemah sedikit. Mungkin jg terdedah dengan certain chemical boleh menjejaskan lapisan pertahanan kita? Hehe. Tapi itu cuma satu sebab, kalau nak kaji banyak lg la fakor yang boleh menjadi penyumbang.

Yes! tumpang gembira sebab fungus Mrs. Narchotique pun dah berjaya dilenyapkan.

Adif said...

Ohh Puan Manggis yg anggun bergaya... Mmeeeooww... :) Camera ku pun sama, punyai fungus or saya panggil- Spore- sama spt game yg saya suka. Spore ini semakin hari semakin membesar bagai johan,bukan taknak hantar repair, bila mendengar ongkos repair, aduuuuh...terus memulas-mulas perut mintak diisi..hehehhe... kulat ya (grey mushroom), di masak tumis bwg puteh dan serai and cabai, aduuuhh... sedap.. (komen yg tak membantu kan?)... take care cik manggis...