Thursday, 22 July 2010

Folk Art Talk

Pada hari selasa lepas, saya berkesempatan menghadiri Folk Art talk yang diadakan di Sabah Art Gallery.

Selepas menghantar suami ke tapak pembinaan, saya bergegas ke situ dan bila sampai, Yusof Gajah sudah hampir selesai memberikan talk. Tiada siapa yang mengenali saya dan sayapun tidak kenal sesiapa kecuali beberapa muka seperti Yusof Gajah dan Jainal Amambing (sudah tentulah mereka tidak kenal saya). Saya rasa bangga kerana dapat hadir. Hati berbunga-bunga-bunga.

Saya ada membawa kamera, tetapi terlalu malu untuk bangun dan menangkap gambar. Jadi kamera saya, saya simpan di dalam beg tangan sahaja. Tapi rasa lucu juga, ada yang bertanya jika saya wartawan.

Tak sah juga kalau tak ambil gambar kan, jadi saya keluarkan kamera dari dalam beg dan sengaja mengambil gambar Yusof Gajah dari celah-celah bahu dan rambut orang yang duduk di hadapan saya. So that you know, this is how I see the speaker that day, seperti mengintip-ngintip saja.

Yusof Gajah

Saya ada membawa buku Elephabet dan The Real Elephant untuk ditandatangan oleh Pak Yusof, tapi tidak kesampaian kerana tertinggal di dalam kereta.

Dalam pada itu, saya sempat juga berkenalan dengan Jainal Amambing dan Suzani Hj. Suhaimi. Saya suka kerana mereka begitu bersemangat bila bercakap mengenai seni, and I can conclude that both of them are giving me the same advice; I should draw, draw, draw. Practice makes perfect.

Saya juga berjumpa dengan Husman (pada hari itu baru saya tahu nama beliau) yang selalu saya lihat melukis di pintu masuk Pasar Pekan Papar sewaktu sekolah menengah dulu. Saya ingat lagi ada masanya saya sengaja lalu berhampiran tempat dia melukis untuk lihat lukisan beliau. Tapi ada masanya juga saya takut untuk lalu di situ kerana dia selalu menegur, "Hai adik, mari sini saya lukis muka kau".

Jadi, pada hari itu, dia sangat hairan kenapa saya berada di situ. Hehe. "Kamu pelukiskah?", tanya dia dan saya tersenyum kambing saja sambil jawap "tidak".

While I had pledged to myself that I will dedicate my life to support my husband in his career, somehow I feel so happy that I went there that day. But you know what did I keep asking myself while sitting on the chair?

WHAT THE HELLO KITTY AM I DOING HERE?

Maybe it's a good start, I hope so. I will just follow the flow, I'm sure God knows what best for me.

Ohya, saya teringat komen Pak Yusof bila ditanya mengenai isu ciplak, "Jangan jadi miskin kerana kamu berbakat. Kalau kamu ditiru, bagus juga... kerana dapat pahala percuma". Haha.

p.s. Semalam saya bercadang untuk pergi ke Balai Seni lagi untuk Majlis Pelancaran Pameran Folk Art, tapi tak jadi (anda tahu sebabnya jika baca entri sebelum ini).

13 comments:

feltralicious said...

ahaks,aku suka part hello kitty tu...hmmm

mangosteenskin said...

Hahahahaha...

euphoria said...

On isu ciplak tu, I learned something from someone close to me.
Dia kata, "Semua idea dan ciptaan kita yg terlintas di pemikiran kita tu bukan originate 100% dari kita pun... Allah swt put it there. Why not kita share saja because we are the vessel only."

Err.. lepas tu mmg byk berfikir..

ciketon fazya said...

duduk lama2 dekat CM tgk lukisan Yusof Gajah..

mangosteenskin said...

Euphy,
Mango setuju. Semua rezeki datangnya dari Allah. Tapi diharapkan jangan sampai kenyataan itu disalahguna atau disalahertikan pula.

Kenyataan itu pastilah tidak menghalalkan untuk seseorang mencuri hasil kerja orang lain kan. Mungkin hamba Allah itu telah bekerja keras, tak tidur, mengeluarkan wang ringgit dan masa apatah lagi jika itulah periuk nasi dia.. maka tak patutlah orang lain yang bersenang-lenang tak perlu buat research itu ini cuma tinggal copy benda yang dah siap, dan jual pula kepada orang lain, ya tak? Mencuri harta intelek samalah juga seperti mencuri harta benda.

Terdapat perbezaan di antara orang yang bertungkus-lumus mencari idea, dan orang yang cuma mengambil faedah daripada idea yang sedia ada.


Tapi kalau dari segi ilmu tu, memang wajarlah kita berkongsi. Selagi orang yang menerima ilmu itu mendapat kebaikan daripadanya, kita juga akan mendapat pahala berterusan.

Bila salah seorang rakan blogger terkena hal ini, mango rasa mango mengerti kenapa dia rasa marah dan sedih sangat. Kerana idea dan hasil kreativiti dia itulah sumber rezeki dia, tapi ada orang lain telah membuat salinan dan claim the design as their own. From her blog, we know she really work hard, bakat sahaja tidak menjamin kejayaan seseorang.

seperti yang pernah saya sebut dalam entri yang lepas, setiap manusia dilahirkan unik. Jika kita keluarkan apa yang ada dalam diri kita, pastilah bakat dan gaya tersendiri akan menyerlah. Kita sepatutnya menggunakan sebaik-baiknya akal fikiran yang Allah anugerahkan kepada kita, dan pada masa yang sama terus menimba ilmu. Salah satu caranya adalah dengan bertanya kepada mereka yang lebih arif.

mangosteenskin said...

ciketon fazya,
menarik sungguh idea pak yusof kan? Sangat memberi inspirasi. Kali pertama mango nampak dia adalah sebagai hos rancangan Kerengga. Thanks to the internet, tak pernah sangka boleh jadi kawan kepada Pak Yusof (walaupun cuma dalam Facebook).

Hari ni Mango janji nak jumpa Pak Yusof di balai seni lagi, hopefully mango sempat bawa buku untuk ditandatangan.

conteng conteng said...

saya pernah jenguk jenguk jugak buku Elephabet (atau yang satu lagi tu saya tak beberapa ingat). apa pendapat Mango tentang buku tu? (sebab saya pun tak tau apa reaksi saya masa tengok buku tu). mungkin saya tidak selami betul betul mungkin?

..dan saya sedikit sedih sebab ada jumpa typo dalam buku tu. untuk buku yang berharga agak mahal, saya sedikit kecewa masa tu.

euphoria said...

Yup, it doesnt mean we can claim kerja orang lain as ours freely. :) Have some heart and backbone la kan :)

mangosteenskin said...

Fadhli,
mango pun baru buka sekali dan sekali imbas saja, tapi mango tertarik dengan cara penyampaian pak yusof, simple. Elephabet, mango rasa adalah experience dan personal view pak yusof tentang hidup. I respect, and accept it as it is. Lagi satu, mango beli buku tu sebagai sumber inspirasi ~ mango rasa pak yusof sangat kreatif hanya dengan satu subjek (gajah), beliau mencipta bermacam-macam benda.

Buku yang satu lagi, The Real Elephant, Mango dapat sebagai gantirugi daripada Yusof Gajah Lingard Literary Agency kerana tersalah kirim buku My Mother's Garden (by Emila Yusof) yang mango pesan.

Dalam keadaan biasa, mango mungkin tidak akan sewenang2nya membeli buku kanak-kanak yang begitu simple tulisannya, jadi most probably kerana mereka menjadi sumber inspirasi dan juga pastinya kerana hasil seni mereka.

Mana tahu, suatu hari mango juga tulis buku? Huahuahuahua.

p.s. tak perasan tentang typo. Atau mungkin bahasa inggeris mango memang kantoi la.

mangosteenskin said...

euphy,
analogi yang mudah; kalau hasil tanaman seorang petani subur dan membuahkan banyak hasil, sudah tentulah ia rezeki dari Allah. Tapi kalau sebiji buah yang gugur pun, kita tak boleh sesuka hati mengambilnya tanpa izin tuan punya kebun itu kan.

Soal berkongsi-kongsi, terpulang kepada tuan punya badan yang berusaha itulah. Takkan dia dah penat2 bercucuk-tanam, selamba je orang kampung datang petik hasil.

mangosteenskin said...

Hehehehe, sebut pasal tanaman ni.

Masa Mango kecil, ibubapa mango tanam sayur, tiba2 selamba je orang kampung datang petik bila kami tiada di kebun. Bila kami anak-beranak datang nak petik sudah tiada lagi bahagian untuk kami.

Bila musim durian, ibubapa mango terpaksa tidur bermalam dekat kebun, sebab kalau tak bermalam, bila kami datang memang tak jumpa buah. Dapat kutip pun sisa-sisa yang dimakan tupai dan monyet.

Kebetulan bila ibu mango pergi tamu, ternampak ada orang sekampung yang jual buah. Baka dan rasa exactly sama dengan yang kita punya. Jadi kita tahulah, siapa yang masuk kebun tanpa izin tu kan.

Bila fikir balik, sekarang, mereka-mereka ni tak juga hidup senang. Anak-anak pun sekolah tak sampai ke mana. Masih juga berniaga buah kat tamu. Ada anak-anak yang dah kawin, dah beranak, menyambung legacy mencari rezeki dengan cara yang sama.

conteng conteng said...

Mango sila buat buku. Nanti mahu beli. =)

AbGJaS said...

Hi Mangosteen,
Dulu abgjas selalu juga ke balai seni lukis utk ikuti aktiviti kartun. Berjumpa dgn Datuk Yaman, K.Bali (arwah), Pak Rejabhad (arwah) etc. mereka2 ini kalau bercakap penuh dgn falsafah tapi mengasyikkan.

Beruntung Mango kerana tak bergantung kpd sesiapa utk hadir di sana...