Saturday, 10 July 2010

Rumah Kedai



Tanpa kamera, saya rasa seperti blog saya kehilangan kasut. Masih boleh berjalan kalau tak ada kasut, tapi anda tahu maksud saya kan. Malas saya mahu update pasal stamp.

Lukisan di atas adalah future kitchen kami yang suami saya design. Dia sangat bagus tentang ruang dan perspektif, bukan seperti lukisan saya, yang selalu nampak seperti 2 dimensi. Saya suka lakaran-lakaran yang dia buat.

:)

Saya rasa macam kenal meja yang dia letak ditengah-tengah dry kitchen itu. Macam meja terpakai yang saya beli di Mudah. Hehe.

Tidak lama lagi kami akan berpindah ke sebuah rumah kedai.

Rumah kedai? Saya tidak pernah terfikir yang suatu hari kami akan tinggal di rumah kedai!

Sekarang saya teringat kepada seorang apek bongkok yang saya kenal sejak kecil. Kalau kamu orang Papar, kamu pasti kenal si Bungkuk. Alah, kedai Kean Chong bah...mesti kamu tahu. Masa kami kecil-kecil, kalau ke Pekan Papar, Kean Chong inilah lokasi utama untuk kami shopping barangan keperluan. Keadaan dalam kedainya tak ubah seperti stor, tidak tersusun dan sempit. Begitu detail ingatan saya sampaikan gigi si Bungkuk yang panjang-panjang, senget-benget dan agak jarang itupun saya boleh ingat. Dalam kepala saya ni macam boleh zoom pulak ke gigi dia.

Ibu saya kata, kalau pergi ke kedai Kean Chong, dan cakap macam ini, "Taukeh, ada duit kecik ka?", si Bungkuk akan jawap, "Tiada". Jadi kalau perlukan duit kecil (untuk tambang bas terutamanya), sila beli barang, kecil-kecil dan murah seperti gula-gula pun tak apa", pesan ibu saya. Itu adalah antara beberapa tips yang ibu saya ajar ketika saya mula-mula belajar pergi ke pekan sendirian menaiki bas. Kali pertama pergi ke pekan sendirian adalah ketika darjah 5, rasanya.

Hehehe. Berbalik kepada lakaran di atas, saya gembira sebab nampak ada peti sejuk dua pintu dan ketuhar di situ. Mungkinkah dapur saya akan diupgrade?

:)

p/s: Memang benar saya telah memadam entri "saya terlupa otak saya".

4 comments:

feltralicious said...

Salam mango,

Wah orang papar rupanya, keluarga bapa saya pun d papar juga di kampung kuala. tapi sayangnya saya ndk berapa biasa dgn kedai2 d papar psl di lahirkan dan d besarkan d tawau tp skrg menetap d kk la.best juga dapat dapur mcm mango ni :)

Gula² Tuntung said...

Mango,
Lakaran tu mmg bagus..free hand baitu bukan senang mau buat =)
Suka beli barang d Mudah juga ka?
Same with me...
hehe..trs cuba bayangkan mcmana rupa apek bongkok...ekeke..
Selamat B'pindah~~
[msti penat angkut barang..paling x suka packing barang]

mangosteenskin said...

Felt,
Kalau dapat dapur begitu, mmg berlipat-kali ganda lebih best daripada dapur yg sekarang ni. Dapur yang sekarang ni kecil, terletak di tengah2 rumah dan bila memasak, panas, lantai berminyak dan satu rumah berasap... Mudah-mudahan lukisan tu jadi realiti.

Gula2 Tuntung,
TQ (on behalf of hubby). Ya free hand, almost lurus garisan dia kan, teknikal sungguh tangan dia.

Suka jugalah tengok2 kalau ada barang yang murah di Mudah, tapi baru pertama kali membeli. Sangat suka meja itu, it's solid wood, tp harga rm80 saja. Hehe, belum pun start renovate ni...ndataulah bila boleh dapat pindah. Macam-macam urusan yang melambatkan proses. Slowly lah, kena banyak bersabar.

mrs sweet lola said...

kalo sy in the future de rumah sy nk buat meja bar.yg ade dlm pic ats.coz ske bersantai2 minum2 kat dapur yg ade meja bar tu.best.