Friday, 28 May 2010

Si Kucing Kurap


Ini adalah sarapan saya pada hari ini. Anda, sarapan apa pulak?

Minggu ini saya berjaya berpuasa dua hari. :) Tapi bila dah sampai jam 4, nak tunggu sampai 6.26 rasa macam masa berjalan sangaaaat perlahan. Haha. Itulah kesannya bila dah biasa asyik mengunyah.

Dua malam lepas, ingat nak masak mi goreng ala-ala mi goreng mamak, tapi tak jadi. :)

Sebenarnya, saya cuba untuk berdiet, sebab sekarang kalau saya beli baju bersaiz XL sekalipun, tetap sendat. Jadi sila jangan hairan kalau anda nampak saya asyik pakai baju yang sama selang sehari dua. Kalau silap pakai, boleh jadi Incredible Hulk wooo...

Dulu-dulu saya sangat kurus. Sampai ada yang panggil saya Olive, bini Popeye. Sudahlah saya ni tinggi orangnya. Makanlah berapa banyak pun, saya tetap kurus. Sewaktu remaja, saya low self-esteem kerana selalu diejek dengan panggilan "si Kurus", sampai ada kucing kurap yang kurus lalu pun disamakan dengan saya. Jadi setiap kali saya pandang cermin, saya berdoa semoga Allah gemukkan saya sikit.

Sekarang Allah dah bagi apa yang saya minta. Makan, makan, makan. Gemuk. Bila pandang cermin, nak berdoa pada Allah minta kurus pulak, tapi terfikir sendiri yang manusia ni memang tak pernah puas dengan apa yang ada. Saya jadi sedar sebenarnya apapun yang terjadi pada diri sendiri terpulang pada diri sendiri juga.

Saya tak tahu berapa exactly berat saya sekarang. Mungkin 75? Yang pasti saya harus ambil perhatian terhadap petanda-petanda yang muncul seperti sakit tumit, kuat berpeluh dan cepat letih. Lagipun "muffin" yang terapung di sekitar pinggang ni bukannya sedap pun! Senak bila pakai jeans.

Nah, si kucing kurap sudah hampir jadi gergasi!!

Tuesday, 25 May 2010

Bencinta

Last night's dinner ~ oleh Chef Mango.

Saya suka makan dan suka masak. Tapi selain resepi-resepi mudah yang ibu saya ajar dulu, yang lain-lain saya belajar sendiri bergurukan buku resipi, AFC dan Discovery Travel & Living. Bersiar-siar di food section pasaraya juga banyak mengajar saya, di situlah saya mengenal halba, jintan manis, jintan putih, ketumbar, thymes, bay leaf, dill dan banyak lagi.

:)

Percaya atau tidak, kita juga sebenarnya boleh belajar masak dengan cara makan! Dengan syarat, kita aktifkan deria rasa, bau dan imaginasi.

:)

Tapi, bila sebut pasal makan ini saja sekarang, saya rasa bencinta okay.

Sunday, 23 May 2010

Dyah & Ratahtuli Degalin's Cuppies

...the founder of Ratahtuli Degalin's Cuppies, akan tukar status beliau bulan Mei ini. Horray!


Congratulations to both of you!



Sebenarnya Dyah dah order lama sangat untuk stamp Ratahtuli Degalin's Cuppies, tapi mula-mula saya design lain. Dyah suka juga dengan design yang pertama, tapi dia kata macam ni, "Kalau Dyah request tikus Ratatouille tu dan cupcake sebijik boleh? Then nak letak blog address dan nombor talipon".

Gulp.

Ingatkan dah boleh proceed ukir tapi nampaknya kena re-design. Saya taip balik "Yes" kepada Dyah. Dalam kepala ada "Alamak...boleh ka aku buat ni?!!".

Persoalannya; macammana nak masukkan si Liguini dan sebijik cupcake dalam stamp yang kecil tu?

*Dipendekkan cerita.

Apa-apapun, sekarang saya lega. Tak perlu lagi terjaga di tengah malam dan meracau-racau tentang tikus kecil ini. Hahahahaha.

Design asal dan design yang terkemudian. :)

Thursday, 20 May 2010

Percaya Diri Sendiri Saja

Dalam ujian teori pagi tadi, ada soalan tentang berapakah nisbah simen:pasir untuk bancuhan mortar.

Mula-mula, hati saya kata "Alah kacang, 1:3".

Kemudian saya teringat, sewaktu ujian praktikal semalam, kami disuruh menggunakan nisbah 1:4. Tapi tidak...saya yakin jawapannya bukan 1:4. Semalam tu sebab nak jimatkan simen.

Baru saja saya mahu tanda jawapan, Uncle yang duduk di sebelah kata, "1:2".

*I know, I know. Ujian OK. Tapi jarak kami memang dekat, so boleh nampak kertas orang lain.

Saya berbisik, "Tak mungkinlah Uncle, saya yakin 1:3". Saya jeling kertas Uncle itu, dia tanda 1:2. To me it matters, sebab Uncle itu tua dan berpengalaman buat kerja-kerja yang berkaitan. Saya ni apalah, kosong.

Uncle itu kata..."Tidak. Kalau untuk sambungan paip dan susun bata memang 1:2. Campuran 1:3 itu untuk.....(sori dah tak ingat alasan dia). Saya biasa buat kerja ni, saya tahulah".

Dalam hati saya, "biar betul Uncle ni, salah jawapan dia". Jadi sayapun cakap, "Tidaklah Uncle... 1:3. Bagus Uncle betulkan jawapan Uncle tu".

"Percayalah cakap saya. 1:2 tu jawapan dia... Ko tanda saja 1:2", bidas Uncle itu dengan yakin.

Walaupun hati kurang syok, tapi kempen Uncle itu berjaya. Sayapun tanda 1:2.

* * * * *

Selepas ujian tamat, kami sama-sama membuat semakan dengan Cikgu yang mengajar.

Kamu tahu apa? Jawapan yang betul adalah 1:3!!!


Pengajaran:
  1. Kita mesti percaya dengan diri sendiri.
  2. Orang tua tak semestinya betul. Hihihihi.

Wednesday, 19 May 2010

Kursus Sewerage Update 2



Update ringkas saja ya, sebab saya sangat penat.

Best.
Tapi kalau hari-hari kena gaul simen, susun bata, mungkin tak best jugaklah. Haha.

Saya memang tak pernah buat kerja-kerja bata ni, tapi peserta yang lain-lain tu... jangan main-main wooo... ada yang memang otai.

Sambil-sambil buat kerja kami berlawak-jenaka. Tapi kerja tetap buat betul-betul lah, sebab ini ujian praktikal.

Esok ujian teori pulak.

Wish me luck!!

Tuesday, 18 May 2010

Kursus Sewerage



So far so good. Tapi hari ini pakcik yang duduk di sebelah saya tertinggal alat bantu dengar. Lain saya tanya, lain yang dia jawap. Last-last saya jawap soalan saya sendiri.

Saya ada tanya satu soalan bonus pada dia, "Uncle, itu alat boleh kuatkan volume kan? Jadi kalau orang di hujung sana berbisik-bisik, Uncle boleh kuatkan volume dan dengar apa yang dia cakap kan?

Hahahaha. "Boleh", dia kata.

*************************************************************************************

Esok, kami akan membina manhole dan septic tank. Syukurlah bukan kerja unclogging paip kumbahan yang tersumbat atau menyedut najis dari tangki taik.

p/s: Ya. Tahi pun boleh jadi duit.

Monday, 17 May 2010

Surat kepada N0reh4n


Assalamualaikum D4y4ng N0reh4n, kalau-kalau kamu terjumpa page ini.

Jangan marah. Jangan kecil hati. Biar saya ceritakan hal sebenarnya. Orang yang hadiahkan stamp ini kepada kamu, SMS begini kepada saya.

O<--< : Saudari, saya mahu order stamp, dengan nama Dg. N0reh4n, dan ada tulisan "Singapore" di bawahnya. Saya ke Singapore baru-baru ini tapi tidak sempat belikan dia oleh-oleh. Saya benar-benar mahu hadiahkan sesuatu yang istimewa pada dia.

Ada dua benda dalam fikiran saya, Vanda Miss Joaquim dan juga Merlion. Idea stamp dengan tulisan Singapore itu, tidak menarik bagi saya. Lainlah kalau Dg. N0reh4n orang Singapura.

Saya pilih Vanda, Cik N0reh4n. Vanda itu, bunga kebangsaan negara Singapura. Nama kamu pasti cantik dihias bunga itu.

Kepada yang tak tahu, mungkin cuma fikir,
itu orkid.

Simple kan? Saya harap kamu suka.

Cik Noreh4n, stamp-stamp yang saya design, adalah di bawah jenama Mangosteenskin (cewah!) tapi kerana kamu begitu istimewa, stamp itu datang tanpa sebarang label atau petanda (atas permintaan orang yang menghadiahkannya kepada kamu). Dari mana stamp itu datang? Siapa pembuatnya? Boleh jadi saja dari mana-mana kaki lima atau kedai cenderahati di pulau selatan Tanah Melayu itu. Tapi percayalah, jika kamu ke Singapura, kamu tidak akan bertemu pemilik tangan yang mengukir stamp ini. Saya di sini Cik Noreh4n. Saya di sini!

Cintailah stamp ini Cik Noreh4n, itu permintaan saya.

p/s: Lelaki itu? Itu pandai-pandai kamulah. :)

Yang benar,

Mangosteenskin.

Saturday, 15 May 2010

Bye-bye untuk Sementara

Dari tadiiiiiii lagi saya duduk di sini. Mula-mula mahu tulis tentang kenapa saya buat entri Ketam Masak Lemak Cili Api? Tapi kemudian tak jadi.

Ada beberapa stamp yang harus saya siapkan kalau bukan hari ini, selewat-lewatnya esok. Kalau tidak, mungkin hujung bulan Mei baru siap. Hujung bulan Mei pelanggan saya itu sudah bersanding.

Hari Isnin ini saya akan menghadiri kursus Sistem Pembentungan (sewerage). Kalau anda kontraktor, dan berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), anda perlu ambil kursus teknikal yang dianjurkan oleh PKK untuk renew pendaftaran. Nervous dan excited bergabung. Selepas 5 tahun, ini adalah kali pertama saya menduduki sesuatu kursus teknikal untuk syarikat (biasanya Big Boss yang pergi).

Soalan pertama saya kepada Big Boss (tentang kursus ini) ialah, "Ada exam?". Dan soalan kedua, "Ada pengiraan?". Saya takut saya sudah lupa macammana nak buat matematik.

Jadi Isnin hinggalah Khamis saya akan kata bye-bye kepada si perempuan bernama Mangosteenskin. Saya akan buka topi yang saya pakai sekarang dan tukar kepada helmet. Saya mahu bersedia.

Mana tahu saya perlu menjadi seperti Mike Rowe?

Friday, 14 May 2010

Masak Lemak Cili Api

Ini adalah kisah semalam.

Dari pejabat saya ke KWSP boleh berjalan kaki, tapi kerana saya rasa energetik dan gembira, saya berlari. Saya gembira sebab lately saya mula enjoy menjadi kontraktor. Sewaktu mula-mula, memanglah saya rasa seperti paksa-rela, sebab saya korbankan cita-cita sendiri demi cita-cita hubby.

Sewaktu memandu pulang semalam, hujan turun seperti kucing dengan anjing. Fikiran sayapun macam kucing dengan anjing juga di dalam.

Saya fikir, "lepas ini akauntan akan resign dari syarikat dia bekerja sekarang (sebenarnya dia cuma buat akaun syarikat yang kerdil macam kami ni secara sambilan). Semua kerja-kerja admin yang dia biasa buat lepas ni aku kena ambil-alih. Kalau aku tak betul-betul organized, matilah aku. Nanti company tunggang-langgang. Habis? Macamana dengan kerja-kerja stamp ni? Adakah lagi masa untuk update blog? Takpa, takpa. Yakin boleh. Yakin boleh. Ha ni malam ni mau masak apa pulak ni? Di dalam peti sejuk cuma ada ayam sikit. Hubby dan Putri pun dah ada di rumah. Arh, singgahlah ke tamu untuk beli kuih sikit. Nanti sampai saja rumah terus jerang air panas. Mau buat kopi ka... teh ni? Baru-baru ni buat Nescafe 3in1 dia bilang tidak sedap. Wow lebatnya hujan, tidak nampak jalan oh!".

Sampai saja tamu hujan reda sikit. Sayapun beli 2 ekor ketam lepas timbang bayar lima ringgit.

Bila tiba di rumah, hubby sedang tengok TV. "Yay! Home Sweet Home!", fikir saya. Saya buka kasut. Basuh kaki. Tukar baju dan jerang air seperti dirancang. Tapi saya tengok muka dia masam. Tadi bagi salam pun dia jawap dalam hati saja. Takpalah, saya hidang lepat pisang dan kopi dulu, manatau lepas tu senyum? :)

Selepas memberanikan diri untuk bertanya, barulah saya tahu. Dia marah sebenarnya. Dia kata macam ni, "Saya kecewa, U jaga syarikat sambil lewa. Penat saya buat itu ini. U tak ambik tahupun hal syarikat".

Ok, memang saya jarang pergi pejabat. Tapi kalau saya pergi pejabat pun buat apa, kalau setakat duduk menaip depan komputer, saya boleh buat dari rumah. Bukannya ada staf di pejabat, semua duduk di site. Bila saya perlu buat apa-apa urusan, barulah saya keluar. Setakat ni, saya buat kerja saya!

Tapi hakikatnya, memang betul. Kerja-kerja pejabat sudah jadi kerja sekunder. Kalau tempurung kepala saya ni dibelah, anda boleh nampak ada banyak idea tentang stamp di dalam. Kerja stamp memberi saya kepuasan.

Sayapun cuba bersuara, "Tapi saya buat kerja saya kan".

"Kerja apa U buat? U tak turun padang pun. U tak pergi pun jumpa staf. U tak tanyapun kalau mereka sakit, perlu cuti. U tak pegi site, bukak fail diorang, periksa kalau kerja diorang betul atau tidak. U admin, tapi bila mahu cuti staf tanya saya, adakah patut? Memang kita yang cari kerja, tapi yang buat kerja tu semua, staf lah! U kena tunjukkan appreciation!

Kata sibuk, tapi sebelum ada Putri pun sama. Dah ada Putri...lagilah!"

Ooooooooooo staf.... Ya betul. Saya terlupa tentang staf. Saya asyik mengejar itu-ini, tapi staf...memang saya lupa. Yang saya tahu, cukup bulan, gaji mereka mesti masuk, itu saja. Saya ingat kerja-kerja belakang tabir itu cukup.

Jadi sayapun diam membatu. Saya bangun perlahan-lahan ke dapur. Sambil menangis saya masak Ketam Masak Lemak Cili Api.

Wednesday, 12 May 2010

Klik Saya Punya

Perbuatan baik secara rambang.

Kebanyakan kawan-kawan lama saya, mereka tidak berblog. Dan mereka bukan Facebook addict. Kalau melawat blog saya, komen pun tidak. Padahal masa saya mula-mula sekali berblog, saya menulis untuk dibaca oleh mereka.

Suatu masa saya pernah komplen, kenapa tidak komen?!!!!!

Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam dunia maya saya, tapi saya tahu, dalam dunia realiti mereka sentiasa ada. Sentiasa support. Sekali-sekala, saya tahu mereka datang juga senyap-senyap. What more could I ask for?

Pembaca senyap ini macam tupai di kampung, curi-curi datang makan limau manis. Sudah kenyang tak ucap terima kasih pun. Don't even bother untuk meninggalkan sebarang clue ~ HELLO!! I WAS HERE!!

Hehe. Sayapun tupai juga. Tupai comel apa...hihihihi. Saya suka lompat-lompat ke blog orang tapi tak tinggalkan komen. Bukan apa, adakalanya cukup sekadar mengetahui yang pemilik blog itu OK, masih bernafas, masih gigih berkarya, semakin maju dan gembira disamping orang-orang tersayang.

Senarai "apa yang saya fikir bila saya membaca blog orang secara senyap" (yang baik-baik saja hehehehehhe).
  1. Saya gembira kamu okay!
  2. Wah...semakin bagus kerja-kerja dia ni...syabas! syabas! syabas!
  3. Wah...kreatif ni orang ni!
  4. Wah...kemas hasil kerja dia! :)
  5. Berbakat!
  6. Cantik!
  7. Wow...bagusnya bahasa Inggeris dia! I wish I can write like him/her!
  8. Wow..pandai dia ambil gambar (kamera apa dia pakai huh?!)
  9. Comelnya anak dia! (Macamana rupa hubby dia ya? Alaa...tak hensem...<---haha exaggerate)
  10. Kurang hasam, terliur aku tengok makanan dalam blog dia nih!
  11. Apa tu?!
Itu adalah kerana saya paling banyak melawat blog-blog arts & crafts.

Menyedari hakikat yang komen harus ikhlas, maka saya tidak mengharapkan setiap post saya mendapat komen. Sebab saya sendiri, hendak menghasilkan satu entri saja sudah memakan banyak masa, jadi untuk meninggalkan komen di blog yang saya sedang baca pula sudah pasti memerlukan extra time. Belum lagi dengan segala macam mekanisme penapis komen spam.

Tapi...jika saya rasa saya benar-benar mempunyai sesuatu yang hendak diperkatakan, saya akan komen tanpa kedekut. kadang-kadang memang panjang berjela mengalahkan patah perkataan post itu sendiri...hahahaha.

Maka, saya sangat hargai kalau ada pembaca yang sudi komen di sini pula, sebab mereka sanggup korbankan masa dan tenaga.

Okay, hendak dijadikan cerita, semalam saya cakap dengan bestfriend saya macam ini, "Can you do me a favor? Tak nak komen tak apa tapi click my Nuffnang ads boleh?". Hahahahaha...(sebab dia kata selalu lawat blog saya tapi sudah bertahun-tahun dia tak komen pun).

Jadi semalam sebelum tidur, saya berazam, kalau saya makan limau manis orang, saya mahu bayar. Kalau bayar dalam bentuk komen, belum tentu berfaedah kalau komen saya tu tak bernas.

Jadi saya akan klik Nuffnang Ads anda, Insyaallah.

:) Andapun, kliklah saya punya okay?!

P/s: Inilah dia misi Random Act of Kindness saya. Minggu lepas saya dapat collect satu ringgit, (Ooo punyalah happy! Saya mahu anda juga rasa apa yang saya rasa.

Note: oops silap. Saya baru congak, pendapatan minggu lepas tu 35sen saja. Hahaha.

Tuesday, 11 May 2010

Putri pun Rindu

Dalam tergesa-gesa, saya terpijak gula-gula getah. Dalam hati, "Blender!! Jangan tangkap kaki Mummy!". Memang itulah kerja Blender, bila orang berjalan, dia suka melompat-lompat sambil menyelit-nyelit di antara langkah kaki. Dan kerja saya adalah marah-marah bila dia buat begitu. Saya terlupa, tiada lagi Blender. Itu cuma gula-gula getah yang membuatkan selipar saya terasa seperti ditarik ke belakang bila melangkah.

Semalam saya bersama-sama kakak saya yang sulung dan Putri singgah di Kaison, 1 Borneo. Seperti biasa, kalau dia yang mendukung Putri, pasti singgah di seksyen alat permainan. Mungkin kakak saya tidak sengaja, dia telah mengambil sebuah patung anjing (pada saya itu patung anak serigala) dan berkata, "Eeee...patung ini lembut sekali". Putri tiba-tiba ketawa kesukaan dan menarik patung itu ke dakapannya. Dia memeluk. Mencium. Teruja dan ketawa.

Saya datang dan mengambil satu patung beruang. Sama lembut. Saya serahkan kepada Putri. Sekarang Putri memeluk dua patung. Dia bertambah suka. Oh adakah perempuan memang dilahirkan untuk suka kepada benda yang comel-comel? Sungguh natural, tiada siapa menyuruh dia peluk cium patung itu.

Niat saya memberi dia patung beruang itu supaya saya boleh menarik patung yang satu lagi dari tangannya. Kalau dia mahu patung, biarlah patung beruang. Sebab semua kanak-kanak suka teddy bear kan, saya tidak mahu nanti dia cepat bosan kalau tidak suka. Tapi bila saya tarik patung anak serigala itu, Putri mengemaskan dakapannya. Bila saya cuba tarik patung beruang itu pulak, perlahan-lahan dia lepaskan. Jadi kakak saya kata, "Biarlah, saya beli yang ini".

Putri terus memeluk patung barunya sampailah saya meletakkan dia di dalam carseat. Sejurus sahaja kereta mula bergerak, diapun tertidur.

Gambar yang saya letakkan di atas adalah gambar yang saya ambil pagi tadi. Putri berbaring di atas patung itu seperti yang biasa dilakukannya terhadap Blender.

Adakah anda terfikir, apa yang saya fikirkan?

Interesting Blog Award


One cool blog awarded me with this Interesting Blog Award. So ofcourse lah it makes me feel kembang dan berbunga-bunga. Hehe.

Terms and condition for this award:
  1. Thank and link the person that give you this award.
  2. Pass this award to all blogger you've discovered.
  3. Contacts said blogs and let them know they've won this award.
  4. State 7 things about yourself.
My actions/answers:
  1. Thank you very much Lin, see... tambah sendat baju ni...hahahahaha!
  2. Actually I have many blogs that I find interesting, but I will pick 3 ok, for this award. 1st blog; Cahaya (selalu lupa check blog ni tapi sesekali terbaca, melekat juga nak godek older post dia. 2nd blog; Pedang Samurai (ini adalah blogger yang pertama sekali bagi moral support semasa Mangosteenskin mula menapak di Blogosphere. Blog ini memang menarikss ~ silalah lawat). 3rd blog; SOHO Mama's Diary (I like her writings, for sure her 2nd language and writing skill are so much better than mine. But I also like to skodeng her blog because, she's such a good example of WAHM).
  3. OK.
  4. Sila rujuk perenggan di bawah.

7 things about me
  1. I love science, arts & crafts
  2. I love taking photos
  3. I love looking at/studying a photo/painting
  4. When I want to relax I watch Asian Food Chanel/Travel & Living/documentary chanels
  5. I like to be different or create something new so I always take extra time to find ideas before I work on something.
  6. I love cooking, eating but hate washing dishes.
  7. I like to be simple, but not "cincai"

Monday, 10 May 2010

Berkacang-kacang dahulu...

Bersusah-susah kemudian.

During my closed-for-commission period, I actually manage to catch up with office work but not my stamp projects. My plan has failed :( Mengikut rancangan, masa itu sepatutnya digunakan untuk mengerjakan projek stamp habis-habisan. Tahu tak, saya rasa macam tercekik tongkol jagung setiap kali teringat ada customer yang sudah berbulan menunggu order mereka siap.

I tried as much as possible, juggling tasks between stamp and office works, and not to forget, membuat kerja-kerja kebajikan di rumah. April also seemed to be a month di mana saya telah makan dengan sangat baaaaaaaanyak sehingga perut saya buncit dan baju-baju saya sendat (eh terkeluar tajuk pulak).

Ada sebijik stamp ni, sudah 3 biji pemadam besar saya korbankan, sudah banyak "tarikan nafas" yang saya skipped kerana terlalu berhati-hati, sampai mungkin ada sel-sel dalam badan saya ni yang mogok kekurangan oksigen... tapi stamp itu tetap gagal mencapai piawaian saya sendiri. Saya rasa stamp itu adalah stamp jahat, kerana ia telah membunuh keghairahan saya dalam arena ukiran stamp dan selepas 3 kali "turned off", keyakinan saya tercalar. Sedikit-sebanyak, itulah juga punca disaster yang menyebabkan saya gagal mencapai target. Hilang motivasi maa...

Sementara mengumpul kekuatan untuk bertarung semula dengan stamp jahat itu, saya mengalihkan tumpuan kepada stamp-stamp yang lebih kacang. Jangan risau, saya bukannya sedih-sedih. Saya sedang gembira sakan nih.

Tuan2 dan Puan2 sekalian... mempersembahkan, dua design stamp terkini... siri Koleksi Raja Sehari Kulitmanggis!!! *drum roll ~ Tush!!*

Kek ini tiada dijual di mana-mana, kerana bahan-bahannya adalah daripada jus perahan otak saya sendiri.

Marzukie. Asal sebut Marzukie saja mesti teringat bekas Cegu Bahasa Inggeris saya dulu, made in Machang Kelate. Bila sebut manggis, adakah anda teringat saya? Ini soalan umum bukan khusus buat Cegu Marzukie sa-orang hahahahahahahaha.

P/S: Janganlah nafsu anda tercalar pulak untuk terus bertandang dek kerana entri saya yang tiba-tiba sewel. Sebelum blog ini jadi blog arts & crafts, blog ini lebih kurang beginilah. Sebagaimana telah saya beritakan kepada kawan rapat saya, saya rasa mungkin saya sudah tua. Jadi saya malas mahu berfikir banyak, buat sajalah ikut rasa.

Sunday, 9 May 2010

I'm a Nanny

Putri

People are wishing me Happy Mother's Day this year which, I find awkward.

Besides addressing myself as "Mommy" to Putri, deep inside I always forgot that I'm playing a role as somebody's mother now. My stepchildren (from my husband's previous marriage) also calls me Mommy but nobody wishes me on Mother's Day before. I never asked my stepchildren to call me "mother" anyway (because I afraid such request might hurt them). I give them freedom to call me whatever they want, so when they choose to call me Mummy, it is more than I could ask for. I always believe their real mother is the best mother for them and she's the one who deserves all her children's love and affections.

You see, a spouse may leave you but parents and children, they are forever yours until akhirat pun tak akan putus. So I'm happy for those who are blessed with children, as they're the most precious gift one could ever own.

Looking back at the previous years, Mother's Day always makes me cry. I'm not crying because nobody's wishing me Happy Mother's Day, but I'm crying because I know God would listen. I'm not crying because I'm angry and blaming God why I can't get pregnant, but I cry because I think only He knows my destiny. And another thing is because, I'm afraid one day I would be alone when I'm sick and old.

Early this year, I determined not to cry anymore, and that I want to live my life appreciating those who have been by my side all these while. And one pray to God, if it's good for me, I'm still waiting for Him to send me a baby. One month later, Putri came knocking our door. So I try as much as possible, to accept her with open heart, with a promise to take care of her like her own mother, as long as she needs me.

But as I said earlier, I always forgot that I'm somebody's mom now. The feelings are more like a sister (maybe because I'm used to taking care of my 7 younger siblings, and maybe because I can't relate myself with the feelings of having a baby inside my womb). Most of the time, I'm treating her like a sister. I tease her, make her cry and play with her like a child. Ironically, since the day she arrived, she likes to say "Papa" instead of "Mama". And now she's getting better at calling my husband "Papa" or "Bapak". I think she said "Nan" or Nenen" when pointing at me... terdetik juga dihati maybe she calls me Nanny. Hahahahaha.

I'll wait till Putri can talk, to see if she's going to call me Mommy anyway :)

So everybody, Thank You Very Much for all the Mother's Day wishes. Syukur kepada Allah kerana memberi saya rasa ini.

p/s: Arh, I forgot...I'm a mom to Blender too. Sampai sekarang anak aku yg sorang tu tak balik2 :( Mummy miss you lah Blender. Pulanglah sempena Hari Ibu ini. Kepada yang tak tahu, Blender adalah kucing saya yang hilang sejak 2 minggu lepas.

Saturday, 8 May 2010

Ibu

Sempena Hari Ibu, saya ingin cerita tentang ibu saya.

Ibu saya berkahwin dalam usia yang sangat muda. 14 tahun tau! Umur 15 dia sudah ada seorang anak. Menurut beliau, beliau merupakan pelajar yang pandai di sekolah, enthusiast tentang education, tapi ya, keluarga sudah tidak sanggup untuk menyekolahkannya.

Saya masih ingat sewaktu saya membesar, dia selalu berkongsi keinginan dan impiannya. Dia selalu membelek-belek katalog product direct selling yang kadang-kadang kami kutip daripada tong sampah tetangga. Kadang-kadang memang sengaja diedarkan kalau-kalau ada yang berminat. Saya masih ingat ibu saya selalu tertarik kepada beg tangan merah dan sandal yang cantik. Ibu masih cantik ketika itu, cuma duit sahaja yang tidak ada.

Ibu saya seorang yang visualistik. Apa sahaja yang dia lihat, akan dia observe. Saya masih ingat dia sangat "fond" potongan rambut model pada pembalut sabun Lux ketika itu. Dia selalu berkata, "Nanti Mummy ada duit, Mummy mau pergi salon potong rambut macam itu"...ataupun, "tunggu kamu semua besarlah baru Mummy beli itu/ini". Tapi setiap kali ada duit lebih, dia akan beli seekor ayam, tauge, tauhu, fishcake, tomato, minuman berkarbonat dalam botol, biskut, roti gardenia dan mi kuning. Pada kami, itulah senarai makanan mewah pada masa tu.

Terus-terang, ibu saya tidaklah tahu memasak resepi itu-ini, kebanyakkannya cuma goreng, rebus atau tumis dengan bawang dan garam. Biasanya duit yang ada cukup-cukup sahaja untuk membeli bahan asas, tiada bajet untuk sos perasa dan rempah-ratus, kecuali kicap. Pada hari-hari biasa kami cuma makan apa yang boleh didapati di sekitar rumah, seperti cekur manis, kulat-kulat kayu ataupun cendawan yang tumbuh di atas tanah. Kadang-kadang kami ke sungai menangkap udang dan ikan-ikan kecil... haih, really...bila saya ingat semula udang dan ikan-ikan itu begitu juvernil, tapi kami tetap bawa pulang dijadikan sup atau ikan goreng. Lepas tu, bukannya dapat tangkap banyak macam berbakul-bakul, kadang cuma segenggam. Bila sudah masak, ibu saya selalu memberi macam-macam alasan...tidak laparlah dan sebagainya...supaya kami tidak rasa bersalah untuk makan. Tau sajalah, dengan anak-anak yang ramai...seorang ambil sepotong sajapun sudah habis lauk yang ada.

Berbalik kepada fesyen rambut Lux tadi, sampai sekarang ibu saya tidak berkesempatan lagi ke salon untuk mendapatkan fesyen rambut idaman. Ibu saya mempunyai rambut yang kasar dan curly, yang dia selalu kata, merimaskan. Sehingga kini sekali-sekala saya masih mendengar dia mengucapkan yang dia ingin ke salon, maybe it's time for her to get her "Lux haircut." Tapi setiap kali kami memberi dia wang untuk kegunaannya sendiri, saya tahu, she had been unselfishly menggunakan wang itu untuk adik-adik yang masih bersekolah.

Setiap kali saya makan di sesebuah restoran, saya pasti teringat akan ibu saya. Sejak kecil dia hidup susah, dan tidak pernah makan yang sedap-sedap. Bapa saya, sekurang-kurangnya dia pernah makan gaji di kota dan menimba pengalaman berjalan-jalan. Ibu saya, tidak pernah langsung ke mana-mana. Ada ketikanya saya rasa seperti tersekat makanan yang hendak saya telan. Untuk menyedapkan hati, saya akan berazam hendak membawa dia datang ke restoran yang saya pernah pergi.

Tapi kini ibu saya sudah berumur. Penyakit-penyakit pun mula datang. Kadang-kadang saya rasa sedih kerana dia sudah tidak lagi secergas dulu, makan pun kena kawal. Tak boleh makan itu, tak boleh makan ini... hm, maka tidaklah semudah itu saya hendak belanja dia makan macam-macam atau melancong jika saya mampu nanti.

Arh, but you knowlah my mom ni, kadang-kadang dah penat-penat memandu jauh balik kampung, niat dihati nak bawak dia keluar berjalan-jalan. Dia kata, sibuk, kerja rumah tak siap lagi, my dad punya baju tak basuh lagi, tak ada orang nak buat kopi, tak ada orang nak masak nasi, tak ada orang nak bagi ayam makan, tak ada orang nak siapkan adik yang bongsu ke sekolah dan macam-macam lagi. My dad pula, kalau diajak jalan memang agak reluctant sebab kaki dia sakit. Duduk lama-lama dalam keretapun kaki dia boleh bengkak. Akhirnya, my mom akan duduk di rumah sajalah.

My mom is really really an angel to me. I never met anyone like her. She is kind, tak suka gosip, murah hati, pemaaf, dan hampir tak pernah marah. Never in my knowing dia berprasangka buruk terhadap seseorang eventhough that person hurt her. Rasanya kalau seluruh dunia ini runtuh sekalipun, I will feel strong and alraight if I have my mom beside me. Mencintai dan dicintai seorang lelaki bergelar suami memang indah, tapi ibu tetap special!!

Trust me Mom, you are the jewel of my life.

HAPPY MOTHER'S DAY MUMMY!!!

p/s: Happy Mother's Day juga to My Mother-in-law, both my sisters, sister-in-laws and all the mothers in the world. Remember, no matter how bitter our life is, we will always be a jewel to our children. Allah dah permudahkan segalanya untuk para wanita, all we need to do is just be a good mother. Tak perlu ke sekolah, tak perlu ada ijazah untuk semua itu.

Wednesday, 5 May 2010

Kerja

Bosan. Bosan menulis dalam bahasa Inggeris. Aku penatlah cuba berlari pakai kasut tinggi.

Okaylah, aku buang kasut tinggi, lari pakai kaki ayam lagi laju.

Kamu tahu, semalam kami (me & my 2nd brother) berkereta ke puncak bukit. Langsung tiada persediaan, cuma naik van buruk yang sarat dengan tangga, kabel-mable dan lain-lain. Kalau handphone terjatuh ke dalam timbunan barang-barang tu pun payah mau cari walaupun handphone tu berdering. Enjin van berteriak semasa mendaki, dan brek berbau hangus sewaktu turun. Aku syorkan abang aku tu tuang air (berlagak pandai la konon, padahal dah terbiasa dengan tips2 yang hubby bagi bila jalan jauh), dan cusssss....berasap. Rasanya ini kali ketiga berkereta dengan abang yang sorang ni, dan kali ketiga juga pull-over.

1. Kali pertama - Aku kena beli pod orkids di kaki gunung untuk projek tahun akhir, precisely di gerai2 orkid di Nabalu. Kereta yang kami naiki berasap, sampai kami pull over di dalam hujan.

2.Kali kedua - Seriously, tak ingat bila. Cuma ingat pull-over dekat simpang Benoni tu. Ada workshop, tapi workshop tutup sebab sudah malam. Nasib baik dia pandai tukar tayar. Macamanalah aku boleh ragui ke-hero-an dia tu, padahal dialah hero terulung kepada anak-anak buah aku kan.

3. Kali ketiga - Semalam tu la. Sementara tunggu brake-plate sejuk, dia sempat lagi menghantar fax menggunakan handphone. Ohya, semalam pun hujan juga.

Haa, inilah gambar tower yang aku snap semalam. Ada sedikit kerja yang perlu dibuat di atas tu, dan juga di bawahnya. Masa mau ambil gambar ni tiba-tiba langit terbuka, dan aku snap lah cepat-cepat. Kalau tidak, nampak putih saja sebab kabus. Tapi belum tentu kami dapat kerja ni lagi, semalam tu baru lawatan tapak. Lusa baru tutup tender. Soal kira-kira, aku serahkan bulat-bulat pada hubby, kerja aku cuma ambil gambar dan explain apa yang aku nampak supaya senang dia buat kira-kira. Mungkin esok aku akan busy menyediakan dokumen tender pulak. Abang aku itu bukanlah driver semata-mata, kalau kami dapat kerja ni dia adalah salah seorang kru yang akan memanjat tower itu nanti.

Ingat tidak pengalaman masa belajar dulu, kalau buat assignment bagus, dapat markah bagus. Di alam pekerjaan ni, tiada siapa bagi markah, tapi kalau buat kerja bagus, mungkin akan dapat gali punca rezeki, untuk diri sendiri dan juga orang-orang lain. Patutlah kerja itu dipanggil ibadah.

Tuesday, 4 May 2010

Doodling & Coloring Therapy

Making these cards are not actually planned. It is more like a therapy. :) Woke up in the morning, I might went to the back room to add new elements to the card... maybe some leaves, some spiral, some green color etc. One or two new elements, then I stop till the next chance I got time to continue.

Or, while waiting for my toast to pop up from the toaster. :)

I finished a new card yesterday.


And here's another one in the making.

Monday, 3 May 2010

Handmade Card

I have always tried to divert away from custom-orders, and here's another one of my prototype. Handmade greeting card. It is made using my handcarved stamp and every details is hand-drawn with ink.

It is actually a small card, sized approximately only 3 x 4 inch. Perhaps it's gonna be difficult to find a fitting envelope for this size, and maybe not that practical for postage. Arh, I'll figure that out later. Today I need to carve few stamps and prepare some documents for office.

I'm planning to re-activate my Etsy Shop with some initial series of this card. It has been empty for quite some time.