Tuesday, 29 June 2010

Jadilah yang Original

"Tidakkk...saya tidak mahu pakai ini" <--hampir menangis.

"Kenapa?"

"Sebab sama dengan seluar si Nyonyet (nama samaran)".

"Habis kau ingat apa? Budak tu pun mak dia beli di kedai, seluar dia. Kilang yang jait. Kalau kau mau seluar yang lain, kau jahitlah sendiri".

Begitulah kisah di suatu pagi yang dingin, ketika saya masih bersekolah rendah. Saya mengaku kalah kerana kata-kata ibu saya itu memang tidak dapat disangkal lagi kebenarannya, walaupun hati saya bagai digaru-garu bila saya dan si Nyonyet sama-sama ketawa terkekek-kekek bermain bola racun, dalam kelas pendidikan jasmani, memakai seluar yang exactly the same. Warna sama, belangnya pun sama. Macam buy 1 free 1.

Itulah antara penyakit saya, saya suka sesuatu yang unik.

Pro
1. Saya tidak suka meniru
2. Saya sanggup bekerja lebih keras untuk hasilkan sesuatu yang original, berbeza daripada apa yang saya nampak.
3. Saya suka mencabar kreativiti sendiri. I see a paper, not a paper ~ contohlah.
4. Saya optimis, limitation bukan penghalang.
5. Saya amat menghormati mereka yang benar-benar tulin dan ada gaya tersendiri.

Kontra
1. Menyusahkan diri sendiri, apa benda mahu DIY, mahu original.
2. Saya tidak suka ditiru. Saya jadi miserable bila ada orang mengcopy kerja saya.
3. Saya ambil lebih masa untuk menyiapkan sesuatu.
4. Otak saya sentiasa berfikir, mencari idea-idea baru, sehinggakan adakalanya tangan saya bekerja, tapi otak saya penat, completely somewhere else.

Bagi saya mencabar diri sendiri untuk sentiasa menjadi kreatif dan inovatif adalah sesuatu yang berbaloi, walaupun tidak semudah menciplak idea atau hasil kerja orang lain. Especially dalam dunia internet, jangan mudah menciplak hasil kerja orang lain walaupun orang yang kita ciplak itu berada nun jauh dihujung dunia, yang kita tak kenal, yang kita sangka mustahil kita akan bertemu suatu hari (apa-apapun, penting juga untuk kita melihat hasil kerja orang lain tapi hadkannya sebagai sumber rujukan dan kayu pengukur kepada skil kita semata-mata).

Saya suka kalau apa yang saya buat memberi inspirasi kepada oranglain, membuka minda mereka, dan menggalakkan mereka untuk bekerja keras memerah otak mereka sendiri, untuk menghasilkan sesuatu yang original. Sebab saya percaya, setiap manusia dilahirkan berbeza, dan kalau seseorang itu benar-benar berusaha untuk menggali anugerah yang tersembunyi didalam dirinya, DIA AKAN BERSINAR.

Hm, kalau saya jadi lecturer, susah kot pelajar saya mahu dapat markah tinggi. Hehe. Saya kurang gemar soalan "bonus".

*********************************************************************

Semalam saya menonton River Cottage di AFC, mereka sedang mengutip slugs daripada tanaman, dan memasukkannya ke dalam bekas. Kemudian, hos rancangan itu, Hugh Fearnley-Whittingstall berkata, "Biasanya slugs ini akan diberi kepada ayam sebagai makanan, tapi cuba lihat, mungkin dari segi kulinari, kita boleh memikirkan fungsi lain bagi slugs ini selain daripada setakat menjadi makanan ayam. Mungkin kalau kita berjaya hasilkan resepi yang bagus menggunakan slugs ini, orang akan mula makan slugs" <--- sangat positif dan optimis, saya suka.

Jadi diapun membawa slugs itu kepada seorang tukang masak, yang pakar memasak snails. Setelah direndam dalam campuran cuka (untuk membuang lendir), slugs itu dimasak dalam sos tomato. Tapi setelah dicuba, slugs itu berasa pahit, jadi si Hugh kata, "Mesti ada cara untuk buang rasa pahit", jadi dia belah slugs itu, dan keluarkan isiperut.

Kemudian, slugs itupun dimasak sate dan dibuat fritters. Setelah siap, dihidangkan kepada kawan-kawan untuk dicuba. Salah seorang tester kata, "quite good", dan si Hugh sangat gembira. Yang lain, pada hemat saya, tetap tidak suka idea makan slug itu (termasuk saya).

But you see, I like Hugh's attitude. Don't you want to be that determined, mencuba dan mencuba? Kalau gagal pun, no harm kan?

Atleast you
dah try.

p/s: Kata-kata ibu saya itu saya pegang sehingga ke hari ini, "Kalau mahu yang lain dari yang lain, kena buat sendiri".... dan, "Jadilah diri sendiri" <---- saya tambah.

So apalagi, gali hati dan minda anda, dan carilah diri anda yang terkubur untuk digilap.

Wednesday, 16 June 2010

Saya Manusia Biasa yang Banyak Keburukan


Minggu ini, kalau sebelah petang saja, mesti hujan.

Hubby saya kata, jaket dia berkulat (hahahahahaha kulat lagi!). Okay itu mungkin sebab terkena hujan tapi tak terus basuh, cuma gantung dalam rumah.

Sayapun jawap, "Okay nanti saya basuh sebab sayapun kena basuh jeans. Ada dua saja (yang lain dah tak muat), dan dua-dua dah kena hujan.

Hubby: Baguslah. Nasib baik ada dua saja. Kalau banyak tak tahulah apa jadi.

Saya: Kenapa pulak?!

Hubby: Sebab you tu solat tak menentu. Kalau ada banyak jin pasti lebih teruk.

Ooo...hihihihiihih.

Saya sangat gian mahu melukis, tapi saya tak buat sebab nanti saya akan rasa bersalah, masih ada kerja-kerja pejabat yang tak beres, begitu juga dengan tempahan stamp. Jadi saya suruh Putri stay still, sebab saya mahu sketch muka dia. Oh, payah.

Putri sudah genap setahun minggu lepas. Semakin pandai, dan semakin nakal. Dia boleh mengamuk kalau diberi minum menggunakan gelas yang ada muncung, atau kita bantu dia pegang gelas, sebab dia mahu minum menggunakan gelas biasa yang dia pegang sendiri. Dan saya? Saya semakin yakin yang saya bukanlah seorang ibu penyabar yang bersuara lemah-lembut. Pasti saya jerit, "Putriiii!!! Kan Mummy dah cakap! Putri belum pandai lagi!! Kan dah tumpah!

Tck! Apa pasal lah negatif sangat. Rasa macam nak ketuk kepala sendiri.

Minggu lepas saya masuk dalam bilik stor, dah komplen, "Semaknya stor macam kandang babi". Sebenarnya bercakap playfully dengan diri sendiri, gurau-gurau maa...

Hubby: Haish! Kenapa cakap benda yang tak baik?!

Saya: Eh! Gurau-gurau sajalah. Hehe. Sebut kandang babi pun tak boleh ka?

Hubby: Tarik balik!

Sayapun buat mulut Sluurpp macam orang tarik spageti atau mi.

Hubby: Macammana tarik?

Paused.

Hubby: Pegi ambik tanah, basuh mulut.

Hahahahahahahaha. Adeh terkena lagi! Tapi ketiga-tiga situasi di atas beri 3 gambaran negatif tentang diri saya sendiri.
  1. Selalu tinggal solat.
  2. Selalu meninggikan suara.
  3. Selalu merungut. Kemas sajalah sayang oi kalau dah semak.
Kalau diikutkan, list itu boleh panjang lagi, tapi hehehehhe...malulah kalau nak list semua. Sendiri mau pikir lah ya! Bersyukur saya sebab ada suami yang selalu mengingatkan.

Syukur juga sebab saya memang tak suka sebut perkataan-perkataan seperti s*al, f*ck, b*tch, p*****k dan etcetra. Tak guna kalau pakai tudung dan rajin solat tapi mulut bau busuk. Ini realiti lah, saya pernah jumpa orang macam itu (maaf sebab saya sebut perkara ini di sini, bukan niat mahu memburukkan orang, untuk peringatan kepada diri sendiri juga). No excuse, walaupun bercakap begitu kerana marah.

So of course, saya mahu jadi manusia yang lebih baik, itu semua adalah sifat-sifat mazmumah yang mesti saya lawan.

Monday, 14 June 2010

Love is Ageless and Evergreen

Suatu ketika, saya pernah bertanya kepada suami saya, "Kenapa tidak baca blog saya? Kalau tiba-tiba saya mati, takkanlah masa itu baru nak baca?"

Jadi adakalanya saya memang menulis untuk mereka-mereka yang mengenali saya, dan juga mungkin ingin mengenali saya bila saya telah tiada kelak. Itu jugalah antara sebab kenapa terdapat perubahan tentang kandungan blog saya akhir-akhir ini. Mereka yang telah lama mengikut blog ini, mungkin perasan.

So to this one specific man (you know who you are), this song is dedicated especially for you.




p/s: It's okay if you don't have time to read my blog dear, I understand.

:)

Friday, 11 June 2010

Kulat

Tahukah anda athlete's foot, kurap dan panau itu adalah jangkitan kulat?

Sewaktu berumur 10tahun, saya ada kurap di lutut, biasalah budak kampung, kadang main kotor tapi mandi tak bersih. Apabila disapu dengan ubat cap Kaki 3, rasanya sangat-sangat pedih. Seperti terbakar! Waktu itu barulah datang rasa menyesal, kalau ibu suruh mandi bersih-bersih pakai sabun, selalu degil.

Saya suka baca buku-buku kakak dan abang saya yang belajar di sekolah menengah. Bila terbaca satu bab tentang kulat, barulah saya tahu bahawa kulat merupakan penyebab kepada penyakit-penyakit kulit seperti di atas. Terbeliak mata saya membayangkan bagaimanakah mungkin rupa kulat-kulat mikroskopik yang tumbuh di atas lutut saya sampai boleh dilihat dengan mata kasar (lingkaran merah sebesar 10sen). Pasti ada berjuta-juta kulat yang sudah berakar-umbi diatas epidermis saya dan bersedia untuk melepaskan berbilion-bilion spora bila-bila masa! Sampaikan setiap kali merasa gatal, saya sangat takut untuk menggaru kerana terbayangkan spora-spora kulat itu berterbangan di udara dan juga di celah-celah kuku. YUKK!!!

Saya takut kalau garu nanti tersedut, nanti kulat itu membiak pula dalam paru-paru atau kalau tersentuh mulut, nanti bibir saya yang mungil ini pulak berkulat. Hehe. Kerana itulah, walaupun pedih tak terhingga, saya cuba tahan sambil tonyoh ubat (menggunakan putik kapas) di lutut dan kata dalam hati, "Hah! Matilah ko kulat! Matilah ko kulat!", sambil membayangkan kulat-kulat itu mati seperti rumput terkena racun rumpai.

Huh, begitulah rupanya bila kuat berimaginasi.

Ini adalah rupa kulat daripada kulit peha seorang lelaki yang dijangkiti, dilihat dibawah mikroskop. Sila lihat di sini untuk lihat peha orang itu dan bagaimana rupa kulat itu setelah diisolate dan dikultur dalam makmal.

18 tahun sudah berlalu, tapi saya mesti puji ubat cap kaki 3 itu kerana telah berjaya membunuh koloni kulat yang menakutkan! Hehe. Cepat dan mujarab.

Sekarang, saya berdepan lagi dengan masalah kulat, bila kamera kesayangan saya terkena fungus. Hari ini saya dah hantar kamera ke klinik melalui sebuah pusat servis yang berdekatan. Haiyah, kenapalah mesti dikirim ke Kuala Lumpur? Hendak tunggu quotation pun mungkin ambil masa 2-3 minggu. Belum lagi termasuk tempoh menunggu untuk diservis.

Ini bukan kamera saya tapi rupa fungus pada lensa kamera saya nampak lebih kurang macam dalam gambar inilah. Selain menjejaskan foto, kulat juga mampu merosakan lensa kalau dibiarkan lama. Credit to FAN_A70 for the photo.

Tapi, semuanya salah saya jugak. Berikut merupakan petikan tentang fungus pada lensa kamera yang saya cedok disini.

..."don't keep your lenses in your kit bag, or in the garage, and always dry bags and cases thoroughly if they have become damp. (From rain for example.) Clean the outside of your lenses regularly to remove dust deposits, and don't allow greasy deposits to remain on the lens surfaces should this occur. We should also keep them well away from possible sources of nutrients. This probably means that you shouldn't be keeping your sandwiches in the kit bag either. In fact the moisture from your sandwich would probably be enough to worry about in any case. Keep all kit bags and cases scrupulously clean".

Apa yang dia sebut "don't" itu, saya pernah buat. Apa yang dia cakap "do" tu ada yang saya tak amalkan secara berhemah. Teruk kan? Memang padan muka.

Dan sekarang, silalah menangis seperti rasa kesakitan terkena ubat cap kaki 3. Memang pedih kerana wang akan terbang.

p/s: Lepas baca entri ini, jangan benci pulak pada kulat ya. Seperti juga manusia dan jin, bukan semuanya jahat. Tu ragi (yis) yang buat kek dan roti tu pun kulat juga. Sebahagian besar ubat-ubatan seperti antibiotik pun ada yang dihasilkan daripada kulat.

:)

Monday, 7 June 2010

Handcarved Stamp; Eppi & Eppa



Lagi stamp orang kahwin. Saya harap Aifa dan bakal suaminya suka!

Setiap kali saya mengerjakan sesuatu design, saya amat mengambil berat tentang detail sesuatu stamp. Kalau boleh, ianya bukan setakat perlu nampak cantik, tapi signifikan kepada sesuatu yang membawa makna.

Contohnya, dalam stamp ini, saya sengaja letak 7 biji "love". Saya tak tahulah logiknya, tapi ramai orang kata 7 itu nombor yang baik kan?

:)

Thursday, 3 June 2010

Stamp Bunga Sakura



Rakan-rakan Facebook saya mungkin ada yang masih ingat, suatu ketika saya pernah tulis status macam ni, "sedang mendesign stamp bunga sakura".

Pelanggan saya yang bernama Chooi Lin kata, tema wedding dia adalah cherry blossom. Rasa macam simple kan? Tapi saya mengambil masa beberapa hari juga untuk mencari idea yang terbaik bagaimana untuk membuat stamp yang menarik, dan sekaligus versatile.

Nah, inilah hasilnya!

Saya sendiri jatuh cinta.

:)

Chooi Lin, stamp kamu ini adalah antara projek yang paling manis buat saya!

Wednesday, 2 June 2010

Balik Kampung

Minggu lepas saya ada janji mahu reply semua email kan? Habis semua kabel, modem dan laptop saya angkut bawak balik kampung, termasuk satu fail penuh kertas-kertas yang memberatkan beg. Saya ingat saya boleh online dari kampung. Malangnya tak boleh sebab Streamyx di sana sudah ditamatkan perkhidmatannya. :P

Cuti agak panjang juga, 29 Mei hingga 1 Jun. 30 & 31 Mei adalah cuti am sempena Pesta Kaamatan di Sabah, jadi saya balik kampung. Kalau anda kebetulan datang ke Sabah pada tarikh tersebut lain kali, silalah luangkan masa untuk mengunjungi Sabah Cultural Centre atau Kadazan Dusun Cultural Centre di Penampang. Sebenarnya Pesta Kaamatan berjalan sepanjang bulan di seluruh Sabah pada bulan Mei, dan kalau anda ada rakan-rakan di sini, tak perlu tunggu 30&31 Mei, anda boleh pergi ke mana-mana acara sambutan Pesta Kaamatan di peringkat kampung/daerah.

Gambar di atas ni diambil ketika kereta bergerak 60-80km/jam ke pasar malam. Kalau dapat pull-over atau terus ke pantai mungkin dapat ambil gambar yang lebih best. Lihat tu, matahari benar-benar sedang mencecah horizon.

Pada hari kedua, saya ajak adik lelaki saya pergi survey satu tempat yang tak jauh dari rumah. Yalah, selama ni mana kami pernah ke mana-mana. Dah besar-besar, ada kereta ni barulah "ada kaki" nak ronda-ronda. Tapi, semangat saya memang sudah luntur hendak menangkap gambar, sebab asyik diekori oleh satu entiti.

Saya cuma snap-snap saja. Asalkan dapat merakam pemandangan di situ (mana tahu lain kali boleh pegi piknik). Sewaktu hendak snap foto ini, memang saya perasan ada 3 orang budak sedang bermandi-manda, tapi tak seorangpun bogel. Yang saya hairan, bila teliti balik gambar ni budak yang kebetulan berdiri membelakang tu bertelanjang bulat pula. Mana pergi seluar dia?

Ha, perasan tak entiti tu sentiasa mengekori ke mana saya pergi?

Gambar limau kasturi ini saya ambil ketika sedang duduk mencangkung di bawah pokok belimbing besi, di tepi sungai. Hahahaha. Tidak!!!! Mencangkung tak semestinya berak lah!

Hm, aktiviti saya yang lain, selain masak, makan, tengok TV dan tidur, adalah mengintai burung-burung. Yang ni sedang bertenggek atas pokok kembayau (dabai).

Yang ni sedang bertukar-tukar pendapat tentang anak-anak buah saya yang teruja bila kemuncup (rumput sundal) melekat di seluar. Mereka sengaja berlari pusing-pusing supaya lebih banyak kemuncup dapat dicollect. Hahaha.

Ha! Burung jenis ni memang suka curi makan. Bila seekor tengah makan, biasanya ada yang akan jadi jaga. Tukang memerhati keadaan sekeliling. Saya tak mau tenung muka burung ni lama-lama, sebab muka dia evil.

Dan yang ini, beri! Hari-hari saya pergi pokok beri ni. Petik, petik, masuk mulut :). Burung-burung yang mengintai dari celah daun tu tengok sajalah ya. Bila aku tak ada, korang dah puas makan beri ni kan!

p/s: Entiti itu sebenarnya adalah bayangan kulat yang semakin membesar di lensa kamera saya. Haih. Perlukan fulus lagi untuk menghantar kamera ke klinik.

Sepetang di dalam Kesesakan Lalulintas


Tanjung Lipat

Pemandangan jeti di Jesselton Point (sebelum ni dikenali sebagai Sabah Port).

Dari Kota Kinabalu, kalau anda mahu ke 1Borneo, Masjid Bandaraya, Rumah Persekutuan, Universiti Malaysia Sabah, Anjung Senja atau Alamesra, anda pasti akan lalu tempat-tempat ini kerana anda akan memandu di sepanjang pesisir pantai.

Kalau lalu di sini dalam jam 5-6 petang pada hari bekerja, biasanya akan terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Tapi kalau dihidangkan dengan pemandangan seperti ini, rasa macam berbaloi juga kan?

Macam sayalah, sempat lagi berhenti di tepi jalan semata-mata untuk ambil gambar. :)

p/s: Tapi tak berani turun dari kereta. Turunkan cermin sikit, dan snap2 dari tempat duduk.