Sunday, 25 July 2010

Absence

I am blogging from one of the hotels in Old Quarter, Northern Hanoi. Would be unavailable until 4th of August.

Thursday, 22 July 2010

Folk Art Talk

Pada hari selasa lepas, saya berkesempatan menghadiri Folk Art talk yang diadakan di Sabah Art Gallery.

Selepas menghantar suami ke tapak pembinaan, saya bergegas ke situ dan bila sampai, Yusof Gajah sudah hampir selesai memberikan talk. Tiada siapa yang mengenali saya dan sayapun tidak kenal sesiapa kecuali beberapa muka seperti Yusof Gajah dan Jainal Amambing (sudah tentulah mereka tidak kenal saya). Saya rasa bangga kerana dapat hadir. Hati berbunga-bunga-bunga.

Saya ada membawa kamera, tetapi terlalu malu untuk bangun dan menangkap gambar. Jadi kamera saya, saya simpan di dalam beg tangan sahaja. Tapi rasa lucu juga, ada yang bertanya jika saya wartawan.

Tak sah juga kalau tak ambil gambar kan, jadi saya keluarkan kamera dari dalam beg dan sengaja mengambil gambar Yusof Gajah dari celah-celah bahu dan rambut orang yang duduk di hadapan saya. So that you know, this is how I see the speaker that day, seperti mengintip-ngintip saja.

Yusof Gajah

Saya ada membawa buku Elephabet dan The Real Elephant untuk ditandatangan oleh Pak Yusof, tapi tidak kesampaian kerana tertinggal di dalam kereta.

Dalam pada itu, saya sempat juga berkenalan dengan Jainal Amambing dan Suzani Hj. Suhaimi. Saya suka kerana mereka begitu bersemangat bila bercakap mengenai seni, and I can conclude that both of them are giving me the same advice; I should draw, draw, draw. Practice makes perfect.

Saya juga berjumpa dengan Husman (pada hari itu baru saya tahu nama beliau) yang selalu saya lihat melukis di pintu masuk Pasar Pekan Papar sewaktu sekolah menengah dulu. Saya ingat lagi ada masanya saya sengaja lalu berhampiran tempat dia melukis untuk lihat lukisan beliau. Tapi ada masanya juga saya takut untuk lalu di situ kerana dia selalu menegur, "Hai adik, mari sini saya lukis muka kau".

Jadi, pada hari itu, dia sangat hairan kenapa saya berada di situ. Hehe. "Kamu pelukiskah?", tanya dia dan saya tersenyum kambing saja sambil jawap "tidak".

While I had pledged to myself that I will dedicate my life to support my husband in his career, somehow I feel so happy that I went there that day. But you know what did I keep asking myself while sitting on the chair?

WHAT THE HELLO KITTY AM I DOING HERE?

Maybe it's a good start, I hope so. I will just follow the flow, I'm sure God knows what best for me.

Ohya, saya teringat komen Pak Yusof bila ditanya mengenai isu ciplak, "Jangan jadi miskin kerana kamu berbakat. Kalau kamu ditiru, bagus juga... kerana dapat pahala percuma". Haha.

p.s. Semalam saya bercadang untuk pergi ke Balai Seni lagi untuk Majlis Pelancaran Pameran Folk Art, tapi tak jadi (anda tahu sebabnya jika baca entri sebelum ini).

Wednesday, 21 July 2010

Ringkas

Hampir dua jam saya duduk di sini. Tidak tahu hendak bercerita mula dari mana.

Hari ini adalah pengalaman pertama saya memandikan jenazah.

Sungguh, kita akan meninggalkan dunia ini tanpa satu apapun yang boleh dilihat dengan mata kasar, selain kain kafan.

Semoga roh Kak Normah dicucuri rahmat, Al Fatihah.

p.s. Entri ini pada asalnya panjang, tapi telah diringkaskan. Sila baca komen yang saya tulis untuk Kak Edi.

Sunday, 18 July 2010

Handcarved Stamps

Though it burnt a big hole in my pocket, I am so glad that my Canon S3is is finally here. It is impossible to clean the fungus so they had to replace the whole optical unit, that explains why it is costly.

Okay, my latest stamps.

Handmade stamps, waiting for their handmade mountings.


Both are FOC

1. RendaCraft stamp - This free-hand design is made especially for Mango's Game winner. A promise that I made since October last year. It had been quite some time, I have totally forgotten that I suppose to make a "sewing machine" stamp for the winner (sorry Nurain). The winner will also get a set of my mini mini mini handcarved stamps.

2. Miyyah - I made stamp for Miyyah as a token of appreciation for helping me translate this article. Just like RendaCraft's stamp, this one is designed by hand only. I really hope the butterfly will resemble Miyyah's stunning work of quilling :)

3. The topmost stamp in the above photo is for Kitty Zeera & Mom by Verbena Vista Trading. Just finished carving it last night.

4. The last three stamps are Shana's. A very supportive customer who really made me feel in debt. I failed to finish her stamps on time (too many fail attempts) but Shana is so kind she keep encouraging me in Facebook. Thank you very much Shana! I really don't know how I can repay you.

Saturday, 10 July 2010

Rumah Kedai



Tanpa kamera, saya rasa seperti blog saya kehilangan kasut. Masih boleh berjalan kalau tak ada kasut, tapi anda tahu maksud saya kan. Malas saya mahu update pasal stamp.

Lukisan di atas adalah future kitchen kami yang suami saya design. Dia sangat bagus tentang ruang dan perspektif, bukan seperti lukisan saya, yang selalu nampak seperti 2 dimensi. Saya suka lakaran-lakaran yang dia buat.

:)

Saya rasa macam kenal meja yang dia letak ditengah-tengah dry kitchen itu. Macam meja terpakai yang saya beli di Mudah. Hehe.

Tidak lama lagi kami akan berpindah ke sebuah rumah kedai.

Rumah kedai? Saya tidak pernah terfikir yang suatu hari kami akan tinggal di rumah kedai!

Sekarang saya teringat kepada seorang apek bongkok yang saya kenal sejak kecil. Kalau kamu orang Papar, kamu pasti kenal si Bungkuk. Alah, kedai Kean Chong bah...mesti kamu tahu. Masa kami kecil-kecil, kalau ke Pekan Papar, Kean Chong inilah lokasi utama untuk kami shopping barangan keperluan. Keadaan dalam kedainya tak ubah seperti stor, tidak tersusun dan sempit. Begitu detail ingatan saya sampaikan gigi si Bungkuk yang panjang-panjang, senget-benget dan agak jarang itupun saya boleh ingat. Dalam kepala saya ni macam boleh zoom pulak ke gigi dia.

Ibu saya kata, kalau pergi ke kedai Kean Chong, dan cakap macam ini, "Taukeh, ada duit kecik ka?", si Bungkuk akan jawap, "Tiada". Jadi kalau perlukan duit kecil (untuk tambang bas terutamanya), sila beli barang, kecil-kecil dan murah seperti gula-gula pun tak apa", pesan ibu saya. Itu adalah antara beberapa tips yang ibu saya ajar ketika saya mula-mula belajar pergi ke pekan sendirian menaiki bas. Kali pertama pergi ke pekan sendirian adalah ketika darjah 5, rasanya.

Hehehe. Berbalik kepada lakaran di atas, saya gembira sebab nampak ada peti sejuk dua pintu dan ketuhar di situ. Mungkinkah dapur saya akan diupgrade?

:)

p/s: Memang benar saya telah memadam entri "saya terlupa otak saya".

Tuesday, 6 July 2010

Sid's Logo


I designed the logo for a customer who happened to know me from Facebook. It was made since last April but I think the idea of sharing it in the blog is

PRETTY. DAMN. SCARY.

I afraid other people will ask me to do the same thing for them. Saya ada dua tangan saja, belum mampu jadi macam oktopus yang disuruh meramal pertandingan bola sepak itu. Hehe.

Well, I really LOVE this kind of job, but my skill is limited. Anyone out there willing to teach me graphic design (with fee of coz)? How to use corel or illustrator? Or recommend me a place to take a short course in Kota Kinabalu? Please, let me know.

Anyway, what do you think about Sid's logo?

p/s: The font I use for MANGOSTEENSKIN above is interesting right? The font name is foob. I think it looks like mangosteen. Round and chunky and weird and stylo.

:)

Monday, 5 July 2010

Warming Up

Saya tak pernah sebut dalam blog ini, tapi mungkin ada juga yang sedia maklum bahawa saya seorang mualaf.

Saya mula berjinak-jinak dengan puasa sewaktu Darjah 2. Pada mulanya, saya ikut berpuasa kerana semua kawan-kawan saya berpuasa, tapi lama kelamaan saya rasa berpuasa itu bagus kerana ia juga menyuruh manusia menjaga tingkahlaku dan membersihkan hati.
  1. Kalau puasa ni tak boleh marah-marah, cakap dengan ibubapa dan adik-adik kena baik-baik.
  2. Ustaz kata tak boleh bercakap yang sia-sia, jadi tak mau banyak sangat berbual dalam kelas.
  3. Kena jaga telinga, jadi mau jauhkan diri daripada kawan-kawan lelaki yang mulut jahat.
  4. Mesti banyak bersabar, jadi tak mau merungut bila cuaca terik sangat dan perlu berjalan kaki pulang dari sekolah.
  5. Tak boleh korek hidung, korek telinga segala.
Budak-budak, macam kain putih. Saya mudah menyerap apa yang saya dengar. Sebelum masuk darjah dua, sebenarnya saya belum mengerti tentang perbezaan agama jadi apa yang Ustaz ajar dalam kelas, saya sangka saya juga wajib ikut.

Suatu hari, abang saya yang ketika itu sudah masuk Tingkatan 1 kata, "Yang kita belajar di sekolah tu Pendidikan Islam, kita bukan orang Islam".

Oh kalau saya fikir balik pada waktu itu saya sangat innocent, dan kata-kata abang saya itu ibarat buah khuldi yang dimakan oleh Siti Hawa. Bila sudah tahu kebenaran itu, cara saya melihat dunia pun berubah. Saya terus jumpa Ustaz, dan bagitahu saya tidak mahu lagi mengikuti kelas yang dia ajar (saya seorang saja pelajar bukan muslim dalam kelas mungkin sebab itulah tiada kelas Pendidikan Moral untuk saya).

Berbalik soal puasa, saya ikut puasa jugalah tapi ada masanya, saya "puasa yang yuk" saja sebab kalau saya puasa pun bukannya dapat pahala dan kalau tak puasa pun bukannya berdosa kan (lebih kurang begitulah saya fikir). Kadang-kadang saya berpuasa sepanjang hari, tapi ada minum air dan korek hidung. Hahaha.

Lebih kurang 15 tahun, saya berpuasa pada bulan Ramadhan tetapi tidak berkongsi rasa gembira berhari-raya. Siapalah saya kan? Percaya atau tidak, adakalanya saya berasa sedih di Aidilfitri terutama sekali menjelang tahun-tahun akhir sebelum saya masuk Islam.

Apabila puasa telah menjadi wajib bagi saya, saya dapati bukanlah semudah itu kalau mahu melaksanakan puasa dengan sempurna. Kalau dulu-dulu, bolehlah saya buat acuh tak acuh kan. Setiap tahun, ketika berpuasa, ada saja kemusykilan yang timbul di benak saya. Kadang-kadang termuntah sikit ketika memberus gigi, atau tertelan kahak selepas batuk, atau apa hukum merasa makanan, misalnya. Kalau setakat hendak berlapar dahaga, itu mudahlah.

p/s: Saya sedang berusaha untuk melakukan apa yang patut termasuklah membuat ulangkaji dan cuba melaksanakan sesi warming up yang lebih baik berbanding tahun lepas, sebelum menjelangnya Ramadhan Al-Mubarak. InsyaAllah.

Jom warm up sama-sama?