Wednesday, 24 August 2011

Selamat Hari Raya


Masjid Negeri Sabah.

Lukisan di atas ini sebenarnya dibuat menggunakan
aplikasi Graffiti di dalam Facebook.

Malangnya saya tak jumpa embed code.

Kepada kawan-kawan FB saya,
bolehlah klik gambar di atas
kalau ada masa terluang nak tengok REPLAY.

Kalau nak copy paste gambar tersebut
untuk buat ucapan di blog masing-masing pun boleh :)

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin!

Monday, 8 August 2011

Featured in NUR Ogos 2011


Hi everybody :)

Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa
kepada semua muslimin dan muslimat.
Selain bulan yang penuh rahmat
(bonus round untuk mengutip markah ke syurga),
bulan puasa ini juga adalah bulan yang paling afdal untuk kita memperbaiki diri
dalam apa-apa aspek sekalipun.
Dalam pada ramai orang berlumba-lumba untuk menggandakan bisnes pada bulan ini,
saya pula bercadang hendak berehat (atau berhenti?) sepenuhnya dari membuat stamp.
Tapi, tak boleh jugak.
Masih ada stamp yang perlu disiapkan sebelum Aidilfitri menjelang.
Green light pun sudah kelihatan,
menandakan proses melukis ilustrasi buku harus dimulakan dengan segera
(target disiapkan bulan Ogos ini juga).
Ini adalah kali pertama saya terlibat dalam menghasilkan ilustrasi buku,
tanpa apa-apa pendedahan awal...memang terketar-ketar lah jugak.

Saya ingin mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua yang setia mengikuti perkembangan dan
memberi sokongan padu kepada
Mangosteenskin si Penoreh Getah.

Akhir-akhir ini sebenarnya saya bukan setakat slow down,
sejujurnya hampir-hampir berhenti menghasilkan stamp.
Namun begitu saya amat terharu kerana
kunjungan email-email yang bertanyakan tentang stamp
tidak pernah putus.
*terharu sungguh.

Segan sebenarnya hendak menghebahkan tentang featuring kali ini,
tapi sekiranya anda ingin mengenali kami (saya dan stamp) dengan lebih dekat (sedikit),
bolehlah mengklik gambar di atas.
Terima kasih kepada waratawan NUR~ Noraznina Ismail.

Entri kali ini saya sudahi dengan sekian terima kasih.
Dari jauh,
kupohon maaf.