Wednesday, 25 July 2012

Watermark untuk Foto Anda


Amacam OK tak?

Hehehe satu lagi watermark yang saya buat untuk kawan.

Melayu's Cookies ni adalah homebased business yang berpengkalan di New York dan Florida. Jadi kalau ada saudara-mara atau sahabat handai yang berperantauan di United States bolehlah membuat tempahan biskut raya, kek lapis dan juga kudapan-kudapan yang sewaktu dengannya di Melayu's Cookies. Modus operandi mereka adalah tempahan secara online dan kiriman melalui pos.

Ini page mereka dalam Facebook.
https://www.facebook.com/pages/Melayus-Cookies/221045294580141

Page ni baru lagi, dari semasa ke semasa mungkin mereka akan kemaskini dengan menambah produk baru.

Note: Gambar cookie di atas tu adalah cookie yang saya buat bukan Melayu's punya...sekadar dijadikan sample untuk watermark tu.

Kalau ada yang berminat untuk tempah watermark dari saya rasanya boleh juga. Untuk kegunaan blog dan facebook atau apa-apa sajalah yang memerlukan anda menerbitkan gambar anda di internet kan? Harga RM25 setiap satu design...saya akan sediakan dua watermark, hitam dan putih. Sila emailkan saya di mangosteenskin(at)yahoo(dot)com.

Tempahan dibuka terhad kepada design watermark sahaja k, sila jangan tanya saya tentang logo, blog header dan lain-lain.

5 comments:

Noorizal Ramly said...

Salam Ramadhan manggo.

wah, tambahan kerja artistik tu. Chantik seperti biasa.

Mantap tu melayu cookies : )

Edi said...

salam mango..
lama tak jenguk sini.. wah dah berkecimpung dlm watermark plak.. kekekeke... selamat berpuasa to u!

mangosteenskin said...

salam..

tq...suka2 sahaja... selamat berpuasa to both of you too! :)

chegu carol said...

Cantik!
macam saya mau. now i know who to contact :)

Bee Manghi said...

boy do those look yummy!